I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Tuesday, August 26, 2025

Saya mangsa buli

 Bila baca tajuk ni rasa macam x percaya je kan? heh aku pun hampir x percaya. benda dah lama jadi. aku pun dah malas nak fikir dah sebenarnya tapi bila kes buli sampai mendatangkan kematian makin menjadi2 kat Malaysia ni, aku jadi triggered.

aku x boleh dengar lagu untuk budak tu.

aku bukan x simpati

aku x boleh

sama macam aku x boleh tengok gambar dekat G@za

anyway, orang kalau tengok aku mesti x percaya aku pernah kena buli. ala kalau aku cakap dulu aku pernah masuk pertandingan nasyid pun orang x percaya kan....

aku masa kecik2 memang agak boyish. tomboy la orang panggil. kawan pun ramai budak lelaki. masa tu aku sekolah area bandar. jadi kalau kawan dengan lelaki tu biasa. masa rehat cari spider sama2 tu biasa. petang2 main basikal pastu panjat pokok pun biasa. aku bukan x main dengan budak2 perempuan cuma diorang ni kuat merajuk. aku plak hati kental, malas nak pujuk. baik aku main dengan budak lelaki. kurang sikit drama.

tetiba masa nak masuk darjah 6, aku kena pindah sekolah sebab ayah aku kena tukar tempat keje. jadi aku dah tukar jadi alim2 sikit sebab sekolah kampung kan lelaki perempuan meja asing2. duduk dekat kantin pun asing. aku sekolah kawasan kampung situ sampai tingkatan 3. 

bila masuk tingkatan 4, aku dapat masuk sekolah asrama. bukan la sekolah yg paling top tapi top 10 jugak kot. entah aku lupa. sekolah ni pun acah2 islamik la kot. tapi dalam kelas duduk tak asing sangat. lelaki duduk depan, perempuan duduk belakang. masa ni la aku kenal bestfriend aku. yang x best nya, die x duduk asrama.

masa minggu orentasi kawan aku lepak la asrama tapi lepas je setel, dia terus mintak keluar. x tahan dengan peraturan asrama. asrama kitorg amalkan sistem adik dengan kakak angkat. kirakan bila ko masuk dorm, kan ada katil tingkat.. biasanya junior akan kena tido atas. senior akan tido bawah. bila ko satu katil dengan senior ni, automatik die jadi kakak angkat ko.





ala sekolah aku ni pun ada 2 form je. tingkatan 4 dengan tingkatan 5. beza setahun je pun. tapi still diorang ni kategori senior..kategori kakak abang.,memang tak boleh langgar cakap diorang la kiranya. 

ok aku cerita ni dari sudut pandang aku ye. kalau rasa ini bukan kes buli, x payah la sambung baca.


masa mula2 aku masuk dorm, aku masuk lambat sehari kot dari hari pendaftaran. sebab surat sampai lambat. jadi bila masuk dorm, semua katil dah ada orang. almari pun sama. katil yg tinggal cuma katil ketua dorm, sbb dia selalu x lepak dorm jadi xde budak nak tido katil die. jadi aku la jadi junior die merangkap adik angkat. tapi disebabkan die tido dorm kawan die, org lain amik alih jadi 'ketua' dorm. kira ketua x sah la.

bermula la aku jadi orang suruhan diorang. ye, bukan sorang. semua senior dorm tu tuju kat aku. nak amik barang, suruh aku. tutup kipas, aku tutup. makanan aku pun diorang sebat. sbb nya...aku xde almari. almari aku adalah almari general. maksudnya diorang sesuka hati boleh letak barang kat situ. junior pun ikut sama ye. cuma ada sorang je junior yg ok dgn aku.

tahun tu tahun paling perit dlm hidup aku. sbb kan masa tu jugak ada krisis dalam famili aku. awal tahun tu hari2 aku nangis dalam tido. dengan keje sekolah yg berlambak. suasana asrama yg sangat tah apa2 bagi aku. senior ibarat raja. kalau baik dgn warden, boleh je buat macam2. 

sampai la ada kes budak fly. masa tu form 5 semua balik rumah sbb nanti diorang nak exam ke apa tah. aku lupa. cuma ada sorang senior je yg ada konon untuk jaga junior la. tapi senior ni boleh plak ajak beberapa org junior ikut die fly. kecoh jugak la masa tu. warden sampai nak call polis. 

anyway, sejak lepas dari hari tu senior tu dah kurang kacau aku. dan bila aku jadi senior tahun selepas tu, aku dah x amalkan apa yg senior2 aku buat. kawan2 aku pun sama. aku gurau dengan junior macam member. aku x guna peraturan mengarut senior aku. 

jadi bila korang baca ni mesti korang fikir...eh tang mana buli nya?

ye, aku bukan di buli secara fizikal. tapi secara mental. dari dulu pun orang selalu panggil aku pelik sbb macam tomboy pastu muka keras. ada yg panggil aku robot. tapi dulu aku x amik kisah pun tapi bila kita jauh dari famili, pastu orang buat macam tu pulak... memang aku terasa sangat.

dan senior aku tu...aku xtau la apa jadi kat die. harap dia sihat la kot.


mesti ada satu lagi persoalan dalam fikiran korang..dari sini ke bermulanya depression aku?

entah. sbb masa kecik pun aku dah mula ada episod turun naik tu. cuma orang x perasan je. dan masa kecik, ko rasa xde masalah. semua ok je. dapat makan, dapat main, ok la tu. cuma kita dah dewasa, ada macam2 peristiwa terjadi dalam hidup sampai kan kita rasa ini macam cerita dalam drama je. x mungkin realiti tapi itulah yg terjadi.

aku pun masih dalam fasa pemulihan. belum baik sepenuhnya. sbb bila ko dah pernah alami episod kemurungan yg serius, nak pulih macam sediakala bukanlah mudah. perlu melalui sesi terapi yg banyak dan ambil masa yg agak lama. macam terapist aku pernah cakap, to reach our breaking point is hard, to heal from it is double hard.

untuk masa sekarang aku dah sampai tahap reda. biarlah Allah yg jaga aku. kita sebagai hamba hanya perlu berdoa kepada-Nya nescaya Dia akan kabulkan. Aminnn..




Thursday, January 26, 2023

Anak bongsu mama

Hai uollsss....
Alhamdulillah dah genap setahun dah anak bongsu saya. Rasa macam kejap je masa berlalu. Rasa macam dah tua sangat la plak. Uhuk uhuk...
Anyway, sekarang aira dah pandai jalan sikit2, cakap sikit2, pandai sepahkan rumah, majuk pun pandai....semua la.











Ini pulak gambar masa sambut besday aira. Si sulung dengan si bongsu

Selamat ulang tahun anak mama yg comel lote ni
Jangan asik kacau kakak buat keje sekolah je tau
Sayang kakak dengan abang ye
Walaupun abang awak tu x membantu sangat tapi...boleh la tu


Jumpa petang nanti lepas mama balik keje ye.
Love u sayang

Tuesday, November 22, 2022

Anak mama yang comel lote

 Assalamualaikum uollsss...

 

Update kali ni aku rasa macam kena buat sebab nanti tak adil pulak pada anak aku. yela masa kakak dengan abang die dulu bukan main lagi aku rajin update. sekarang ni suam2 kuku je. bukan dekat sini je, dekat socmed yang lain pun aku malas update. entah sebab bz kot. hahahaha alasannnn je kan

anyway, anak saya yg ehem ehem ketiga ye umurnya dah masuk 10 bulan.

 perkembangan terbaru Aira:

- dah pandai merangkak sejak 9 bulan tapi sekarang makin laju dan mama penat nak kejar

- pandai berdiri dan bertatih bila aku pegang tangan die

- pandai memanjat ye. ya allah aku pun xtau nak buat macam mana. letak barang kat mana2 pun die boleh capai

- masih belum tumbuh gigi tapi sibuk nak makan makanan orang dewasa. awak tu baby lagi tau x

- dah pandai mengamuk ye. kalau die ngamuk memang over siap jerit2 garu2 telinga sampai berdarah

- pandai cakap nak air. susu pun die panggil air. hahaha

- ada percubaan untuk panggil kakak, abang, ayah tapi bila panggil mama keluar 'meh' je...

- suka buat muka comel. ingat orang xtau la die nak mintak dukung tu sebenarnya kan

itu je kot perkembangan aira. next time aku post lagi k.

bye bye








comel kan anak saya. macam mama die kan?

hahaha mesti la up diri sendiri... hihihihihi




Sunday, June 12, 2022

Kehidupan yang baru

Assalamualaikum uolllss....

Sori la lama tak update. aku ni memang tak sempat nak ngadap fon lagi la nak menaip kat blog. bz je memanjang.

Anyway...

Alhamdulillah aku dah selamat bersalin. syukur walaupun perjalanan mengandung dan bersalin kali ni agak mencabar dan penuh liku2 dan akhirnya aku berjaya jua.hehehe

Buat masa ni aku masih dalam pantauan pihak hospital. yes, biasa la kalau dah di cop pesakit memang susah doc nak lepaskan. lagi la kalau kau ada history macam aku ye. nasib baik la depression aku tu sebab hormon mengandung dan bukan permanent. maksud aku, i'm off meds again... hopefully forever. fingers crossed. 

 So, hidup sebagai ibu ni nak kata mencabar is an understatement. selama mana kau hidup la kau kena sentiasa waspada. lagila kalau kau dah lama tak mengadap baby. omaigod. tetiba jadi macam first time lak. macam hilang ingatan pun ye jugak. pulak tu husband iolls pun first time kan. hahahah pening kepala memasing. dengan Nia skali pun pening ye layan adik die yang sorang ni. perangai macam kan dah besar sangat je. Geram tau. nasib baik comel macam mama die. 

Ari? die layan adik die macam member nak main pistol sama2. I is very pening. hahaha

owh gambar baby nanti2 la aku update eh. kalau aku ingat la kan. hahahah


p/s : bz me.... 

eh lupa nak bagitau. nama anak saya aira. sekian. peace out.