I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, January 31, 2011

Kerjaya Aku Sebagai Seorang Drebar

profesion aku sebagai seorang drebar @ supir bermula pada hari jumaat. balik je keje terus meronda2 ke Giant bersama budak2 ofis. plan nak masak udang tapi hampeh sebab Giant Tmn U x jual udang. boleh? jadi kehampaan nak makan sambal udang malam tu. huhuhu ='(

malam tu kena amik Ai lak kat larkin. kan nak raya cina ni. die cuti seminggu. kat Malaysia kan memang camni. org lain yg raya, kita pun dapat cuti gak. lepas amik Ai, aku hantar Al gi keje lak.

dah penat menghantar org, aku temankan Ai makan lak. disebabkan Ai teringin nak makan bubur maka makan bubur la kita yok!




Makan bubur Sentosa bersama dengan longan suam. memang syok habis!!! bunyi cam dlm iklan lak. hehehe Ai pun order bubur tapi dgn limau ais yg masam giler sebab org tu lupa letak gula.





ni gambar yg AI amik dari seat die. die kata view lagi cantik. aku tgk macam lagi gelap je gambar ni dari yg aku amik. tapi aku kena letak gak la pic ni kan untuk menandakan aku baik. hahahaha

Hari sabtu pagi lak lepas ayam berkokok... eh x. lepas sembahyang subuh, aku dan Ai gi amik Adik kat KTM Kempas lak. budak ni memang suka balik Jb naik keretapi. aku pun xtau nape. ke sebab ko syok dapat dating dengan tuuutttttttt dlm KTM......hahahahaha keji giler aku ni.
pastu kitorg semua berhuha nyanyi lagu sebab aku ngantuk bergerak balik ke pangkal jalan.
sebelum tu, kitorg singgah kat warung mak amik mak lak. ke mana kita? ke warung ponyot.....ke poyot? tah la. hantam saja la.



masing2 pun menghentam makan roti canai. 

clockwise : mak dgn roti tampal. Adik makan roti sardin. Ai makan roti kosong. aku makan roti tampal gak. semua pun minum teh tarik yg masa ni mak tgh selfservice diri sendiri gi amik kat dapur. mak sape la ni.

owh makanan semua adalah heaven. ditambah lak tgh hari nye mak masak nasi ayam dgn ayam madu. sedap sampai terangkat beb. eh kita bukan cerita pasal aku menjadi supir ke? hahahaha




entry macam ke hapa tah. eh, lantak la. blog aku suka aku la. ;P

Friday, January 28, 2011

Makanan Berkhasiat

pagi tadi sebelum gi keje aku dah melantak biskut n segelas susu. ingat cam malas nak gi keje. yela, hari pun cam mendung je. sambung tido bagus ni.

tapi aku kan pekerja berhemah dan berwibawa jadi kena la gi kerja kan. jadi pergi la aku ofis dgn berbekal kan nasi lauk sambal telur n sayur sawi masak sos tiram. owh sedap tau. biasa la aku yg masak memang biasa nye sedap. eh bukan biasa la. memang semestinya sedap.

so sampai je ofis, buat2 rajin sikit sentuh2 buku2 n fail2 sikit pastu gi minum pagi. di sebabkan tengah hari aku x keluar makan, jadi aku makan la bekal yg aku bawak tadi.

makan kat pantry. tgh sedap2 makan ni, tetiba aku nampak ada benda warna kuning2 hijau sikit kat sayur yg aku baru je nak suap dlm mulut. bawak dekat2 aras mata. yela, aku kan rabun sikit.

tgk baikkkkkk punye ulat landing melekat kat sayur tu. camne la aku cuci sayur pagi tadi ek? haishhhhh....

pastu......

aku sambung makan la. apa ko ingat aku nak stop ke? hello, jgn nak membazir ok. lagipun, kira sayur tu x banyak racun la kan sbb masih ada ulat nak makan sayur tu. kira makanan yg berkhasiat la kan. ayat bela diri.

ok apa motif entry ni?
saje nak cakap yg aku makan sayur ada ulat.
nasib baik aku yg masak, kalau makan kat luar konfemmmm aku mintak makanan baru. ehehehehe







p/s : xde apa nak bisik2 pun. hahahahahaha

Wednesday, January 26, 2011

Terima Kasih Encik Cat!

pagi ni konon nye rancang nak buang sampah sbb sampah semalam agak berbau jugak la. so malam tadi dah siap ikat2 semua pastu letak depan pintu. gerenti pagi ni buka pintu nampak sampah je terus buang kat tong sampah besar warna hijau tu.


but then......






guess what?






pagi ni buka pintu je nak buang sampah la kan tapi.......




sampah dah berterabur.


n terkena selipar keje aku. ok la not selipar but sandal.


bau yg sangat mengasyikkan sampai aku muntah 2 kali.


dari rupa gaya dah tau dah dalang mana buat keje x berfaedah ni.




ye, encik kucing.
jasa anda amatlah berharga.
terima kasih la banyak2!!!!!!!!!




lepastu bila reverse kereta masa nak gerak gi keje, tayar termasuk dalam longkang. membuatkan aku terkial2 kat situ dan lambat masuk keje seminit! nasib baik seminit je but stilllllllllll.....

it really make my day. urghhhhhhhh!!!!!!!!





p/s : dah cuci sandal tapi masih berbau. perlukah aku berkaki ayam je di ofis?

Saturday, January 8, 2011

Boling Padang @ the Office

semalam aku ingatkan nak update tapi xde idea lak nak buat entry di tambah dgn aku emo so aku update ari ni la yek.

semalam aku keje shift malam. dah seminggu dah. semalam kira last day keje malam for the month la kan. so ketua grup aku ajak main boling padang.

dalam ofis. boleh?

sebenarnya diorg dah lama dah buat keje ni. xde la lama mana. sejak kitorg keje shift malam la. dari ari isnin dah diorg buat aktiviti tanpa lesen ni cuma baru malam tadi je aku terhegeh2 nak join.

boling padang ni aku ingatkan cam main boling biasa. ala kalau main boling kat tempat boling tu kan ko kena baling bola boling tu kat 10 tenpin yg sedia ada depan mata ko. boling padang x camtu ok. nak tau lebih lanjut? sila klik sini





ini la bola yg akan di baling jap lagi. 




jangan terpedaya dgn rupa paras nya. bola ni bukan buat dari besi. dgn bola boling biasa tu, bola ni lebih ringan. korg nampak x lingkaran merah atas die tu? kat situ ada pemberat. sebelah ringan, dan sebelah lagi berat sikit. ni gambar bahagian yg berat. 

masa nak baling bola kena badan tunduk sikit pastu lingkaran merah yg berat kat belah kanan dan yg ringan belah kiri supaya senang ko nak golekkan nanti. ok dah tau cara2 die kan? masa untuk menggolekkan bola!





jauh giler jarak nak baling. cantik kan golekkan nye? cakap cantik cepat!


owh ni bukan aku yg baling. dah tentu2 la aku sibuk amik pic kan. xkan la aku amik pic sambil baling bola kan. mesti la x logik. yang baling ni Aif rasanye. ala budak yg aku cerita dalam entry yg ini.






 di penghujung tempat balingan. 




kita kena baling bola itu ke arah bola penanda yg warna putih tu. markah akan di kira pada jarak bola yg paling dekat dengan bola penanda. kalau berhenti depan bola penanda lagi bagus. banyak markah. tapi kitorg main saje2 je ni. sementara tunggu waktu balik keje. 

korang nampak dalam gambar atas ni macam bola tu akan ke arah kerusi merah tu kan? x ok. bola tu corner ke arah bola penanda tau. terer x terer la si Aif ni kan walaupun die naif giler. eh apa kena mengena? hehehehe

owh bola tu memang di reka akan buat corner camtu. sebab tu la ada pemberat. pandai2 la korg nak usha baling camne pun asalkan kena kat bola penanda. aku baling bola? mesti la straight to the point. kata expert kan. tapi macam main boling biasa la. straight terus kena kerusi. hahahahaha....owh pakcik dua orang tu pengutip bola bertauliah sbb tu wajah blur. lol

tengah2 best main bola padang, tetiba ada sorang pakcik ni cepat2 kemas2 bola. rupa2 kat area situ dah pasang cctv! kantoi la! 

so lepas ni xtau la ada aktiviti camni lagi ke x kat ofis. kena tanya ketua aku dulu la sebab die yg sponsor bola. hehehehehe








p/s : cam best lak aktiviti ni. En K, bila nak sponsor bola lagi?






Wednesday, January 5, 2011

Apa2 Tah : Mak vs Game

mak : D dah betulkan komputer ke belum?

aku : belum. malas la. bukan D pakai pun sebab kat ofis pun ada pc. siap internet free lagi.

mak : nape D x betulkan? mak nak pakai.

aku : mak nak pakai buat apa? (sila maklum mak aku on pc pun xtau)

mak : mak nak main game zombie tu.

aku : ha??????!!!!!!






best sangat ke game ni?



mak aku dah terpengaruh dengan adik aku la ni. dah addicted ok. siap cakap bila komputer tu dah siap baiki, die suruh aku ajar die cara2 on pc.

boleh? on pc pun perlu aku ajar. haissshhhhh......apa2 pun, i lov you so much la mak. tetiba. lol






p/s : masih mencari masa nak gi baiki komputer itu. tapi macam xnak buat je....hehehehe

Monday, January 3, 2011

Selamat Pagi 2011 dengan Hati yg Sangat x keruan

selamat pagi semua.

memulakan pagi permulaan januari setelah cuti 3 hari.
(2 hari cuti + 1 hari cuti peristiwa Harimau Malaya menang.) =)

tapi hati aku agak emosi. jadi pagi2 dah keluar api naga. macam biasa la. aku memang selalu je berapi.

lepas tu bila baca mesej dari satu2 nya abang aku....hati terus rasa macam....entah...iskk

terharu pun ada. aku ni bukan bagus mana pun tapi dah jadi tanggungjawab kan. jadi buat jela setakat mana yg aku mampu. abg aku ni dah la jarang cakap serius. sekali cakap terus tertusuk di hati. siot je pagi2 dah emosi bercampur baur. urghhhhhh sungguh x suka. *tangan gosok2 kesat2 mata*

x la. mana ada nangis. ok. tipu. aku nangis terharu dalam hati.


xtau nak cakap apa. tengah xde mood nak bercakap dengan org. cakap jela ko rasa bersalah keluarkan api naga pagi tadi. ego betul. pffftttttt

so azam petang ni adalah nak minta maaf. pastu masak sedap2 biar perkara pagi tadi di lupakan. harap2 esok pagi aku x buat lagi. sebab aku tahu 'die' susah nak bangun pagi. kena beli pemadam api siap2 la ni. hehehehehe..... ;P






p/s : nak masak apa petang ni ek???