I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, June 28, 2010

Taking my time off

i'm taking a week off from work, stress n all....hahahaha....like i'm a real rajin sangat la kan...wateva...so the matter is, aku akan men'cuti'kan diri dari kerja so terpaksa gak la bye2 dgn blog ini dan fb....gosh gile tenet betul la aku ni. so i'll try to log on if i had a chance or bila org bagi aku surf internet free. jadi bubye la korg semua. jumpa isnin depan ye. jangan noti2. hehehehe.....Peace! =)

Friday, June 25, 2010

Malas, geram dan agak tension

sebenarnnya banyak hal yg berlaku sampai aku malas nak update. lagi2 semalam gaji masuk so banyak la perkara yg perlu di selesaikan. dgn hutang2 yg perlu di bayar sangat menyesakkan kepala otak aku sekarang. dgn kena tipu semalam. really la kan aku benci penipu. x kira la kau tipu aku pasal brg ke, mungkir janji ke apa2 la tapi still aku xleh terima. nak jual brg biar ikhlas boleh x? owh kau cina x sama spesies dgn aku. aku patut paham. aku maafkan. tapi kalau kali ni kau tipu aku lagi, aku mmg akan amik langkah yg seterusnya. jgn tanya apa. just beware ok. i'm not a fool that u can kick around. i'm a human being. don't cross the line or you'll have to accept the consequences.

Tuesday, June 22, 2010

Pertukaran untuk kebaikan

sambil aku menaip ni sambil mulut aku mengunyah kuaci. budak ofis aku ckp aku dah serupa hamster dah. ah lantak la. yg penting aku tiba2 je boleh gian nak makan kuaci. ni budak sebelah desk aku punya pasal la. sape suruh letak kuaci banyak kat desk die. kan tangan aku dah gatal nak makan je. hahahahaha alasan x munasarawak langsung.

aku sebenarnya nak cakap pada sesiapa yg cari blog aku ni x jumpa, (kalau x jumpa mana korg dapat baca entry ni kan...apa la aku ni) anyway, aku bukan sengaja k....betul....dgn muka ala2 baik aku ni...hehehe ala biasa la. perubahan dan pertukaran kan untuk kebaikan. lagipun aku ni bukan berilmiah sangat nak pakai url cam bagus kan. so pada yg dah jumpa blog aku ni, aku nak ucapkan tahniah la ek...(tetiba nak congratulate org ni pehal lak) sbb korg berjaya jumpa url blog aku yg comel lagi ayu ni...eceehhhh sempat lagi puji diri sendiri....

anda adalah the best! lepas ni boleh la korg tenung blog aku puas2 ye coz aku xkan tukar2 dah. tapi kalau tukar template tu biasa la. lagikan baju sehari sampai 10 kali tukar inikan template....samakan dgn baju lak...adehhh....aku dah biol dah ni. kang lagi panjang aku mengarut. baik aku stop. k la. kita enjoy!

Monday, June 21, 2010

Home made Garlic Bread

selesai sudah urusan yg satu tu.....lega rasa hati ni. tinggal beberapa perkara je lagi. perkara apa? biar la rahsia. hehehehe =)

okla berbalik pada topik asal. semalam bila aku sampai je rumah, tgk2 mak ada beli roti john. perut pun tgh lapar. gi dapur tgk ada tomyam. mula la kepala aku berfikir2. xkan nak makan roti john camtu je kan. kalau buat roti john letak sardin pun ok tapi ada telur lak. cam menggemukkan je. dan kalori pun banyak. eh, selama ni x penah fikir pasal kalori pun bila makan. hahahaha alasan je. sebenarnya aku malas. ti banyak sgt proses nya. so aku fikir ikhtiar lain lak.


garlic bread cicah dgn tomyam....sedap sampai menjilat jari tau. ni pun last piece. yg lain2 telah di baham. aku malas nak penuhkan mangkuk tomyam tu. dah alang2 setting nak amik pic kan. tangkap jela apa yg ada. aku amik tomyam tu penuh tau. tgk la dah licin dah.

nak buat garlic bread ni x susah mana pun. just amik bawang putih yg dah di kupas, tumbuk sampai hancur dan sapukan kat roti. sebelum tu kena letak marjerin @ butter kat roti dulu. org cakap kalau letak minyak zaitun lagi sedap. aku xtau la betul ke x kan tapi kalau camni je pun dah ok. kalau cicah dgn sup cendawan lagi sedap. dah macam makan kat pizza hut lak. hehehehe

Friday, June 18, 2010

Putus Asa

aku dah rasa malas sesangat. bukan nak cakap yg selama ni aku rajin. penah lak aku rajin kan. slalu ngulor je time keje....opppsss....hahaha

but really la if i always had to mind my words n speech towards ppl then there won't be the freedom of speech kan. to tell the truth, i'm sick n tired of you! just leave me alone. aku dah bosan. mybe things would be better this way. there is no such thing as friends forever. aku dah penat la nak amik berat dgn pandangan korg semua. i'm selfish. aah aku jual ikan. ikan masin. kau nak makan? xnak sudah. xyah duduk dekat aku. nanti badan kau berbau.

ok i'm done. bubye filthy world. i'm just not fit for you.


p/s : the author just had been knock down by a plane. plz ignore her nonsense if u r a sane person if not....gi mati la......hahahahahaha.......evil has come to conquer the world!!!

Demam lagi

okla. tipu kalau aku cakap aku x suka demam. suka sangatttttttt....... = |

dah lama x demam jadi bila demam mula la kepala aku mengeluarkan fikiran2 yg sengal dan x masuk akal. kalau korg baca entry ni pun akan tau yg aku betul2 tgh biol. sebenarnya tadi aku ok je. tetiba leh selesama ok.

dah la aku hangin sesangat dgn kedai gambar tadi. macam @#$%^&&* je kan die cuci gambar aku. mmg la aku xleh letak dlm blog ni coz memalukan ok. kau boleh nampak pixel gambar tu pecah. pastu die pakai cheap photo paper. aku dah rasa cam nak cekik je tokey kedai tu. wasted my freakin rm12! bongok giler. aku bukan cuci gambar untuk suka2. ni untuk kegunaan hari esok tau. pergghhhh....rasa cam bengang la bila gambar aku terpampang kat 'situ' kan.

okla. nak gi makan ayam masak merah mak aku masak. sedap tu. gambar? malas la. sila google sendiri ye. aku nak nikmati sorg2. bubye.


p/s : esok nak kena bangun awal. can't wait....

Thursday, June 17, 2010

Kick Ass, Lagenda Budak Setan dan Karate Kid

aku tau aku dah terlambat nak review cerita Kick Ass. aku bukan apa. aku bz la....bz ke? xla. aku ni kalau entry yg berilmiah sikit mmg malas nak taip. sbb nak kena fikir. kepala aku ni dah la dah berkarat. ....hahahaha....ok la alasan.

anyway, aku tgk cerita Kick Ass ni ok la. boleh tahan. filem ni mengenai Kick Ass yg rasa hidup die bosan betul dan tetiba die ada idea untuk selamatkan dunia. xtau lak aku yg cerita ni ada elemen keganasan. aku kan cintakan keamanan. ecehhh....tapi betul la.

aku x suka tgk budak kecik sesuka hati die je bunuh org siap darah memercik2. aku ingatkan cerita ni pasal si geek Kick Ass tapi cerita ni melebihkan pasal Hit Girl dan ayahnya, Big Daddy. si Kick Ass lak x pasal2 cam nak tuntut keadilan utk Hit Girl. apakah? ok la. aku bagi 6 dari 10 markah. coz aku x bosan tgk cerita ni pun.

cerita Lagenda Budak Setan (LBS) lak aku tgk masa 1st day tayangan. x penah seumur hidup aku tonton wayang on 1st day wayang tu keluar. slalunya aku tunggu paling cepat seminggu lepas tarikh tayang. yela, aku seboleh2nya nak elakkan bersesak2 beli tiket wayang. so korg leh paham la yg aku mmg betul2 excited dgn cerita ni.

LBS ni adalah kisah cinta Kasyah dan Ayu yg penuh halangan. filem ni berdasarkan novel Ahadiat Akashah. aku dah baca novel die. mmg sgt2 best tapi filem nye mengecewakan. aku bagi 3 dari 10 markah. watak Emilia tu cam fake la. cam xtau berlakon je.




then ari selasa lepas aku tonton cerita Karate Kid. best la jugak. ok la. best sgt.

filem ni mengisahkan Dre yg di buli kat skola. Mr Han lak keje maintanance rumah Dre so die pun ajar Dre kungfu. cerita ni mmg tersangat best. watak Dre yg di lakon kan oleh Jaden Smith sgt comel. Jackie Chan (Mr Han) pun ok. tetiba Jackie Chan nampak sgt tua dlm movie ni. tapi aku rasa ok la. x sama cam action movies die yg dulu coz watak die kan sebagai sifu. so x byk adegan kungfu yg die buat. anyway, aku bagi 9 dari 10 markah.







okla. itu je update aku. malas dah nak taip...bye


Wednesday, June 16, 2010

Demam bola?

ari ni aku demam lagi. sama macam semalam dan semalam nye....dan semalam nye. meaning aku dah demam 4 ari tapi bila aku gi klinik semalam, doktor kata aku x demam. mmg la. sebab aku demam mlm je. bila sampai klinik je terus x demam. aku xtau la apa yg buatkan sakit demam aku ni takut sgt dgn doktor sampaikan terus x demam. padahal aku sekarang ni dah cam org eskimo. berselubung x hengat ok.

apakah aku demam bola? oh tidak. aku x minat bola. nasib baik Al pun x minat bola. tapi slalu nye lelaki akan minat bola kan. sungguh manly ke kalau minat bola? anyway, sila la jgn kaitkan kedemaman aku ni sebab bola ok. mau aku tikam kau hidup2. nape la aku kejam sgt ni?

tapi betul la. aku tension tau. asal aku ckp demam je org ingat aku main2. kau ingat aku suka ke demam kejap2 ni? nak dpt mc pun susah. dulu aku demam sampai dah xleh bangun pun supervisor aku suruh layan customer. nasib aku x bagi penerajang sulung kat die time tu gak. okla. demam aku dah kebah. aku nak buka sweater sebelum adik aku ejek aku lagi. bye.




p/s : aku keringkan telekung dlm bilik. hampir2 ingat kan hantu. adakah demam aku ni buatkan aku kecelaruan minda? malu sendiri....hihihihi....



p/s/s : ada bnyk benda aku nak update tapi xde mood. nama pun demam kan. nanti2 la yek.



Tuesday, June 15, 2010

Is this the end?

Hi, D is now online from the house....hahahahaha.....ok la. i made some arangements on the line n what not n ta da....i'm writing this entry. suppose to be a sad post well wateva...

i'm dedicating this post to sumone. i just don't get it. is this the end? like the 5 years of friendship ends here? i'm trying my best to be ur so called bff ok. n i'm not saying i'm perfect n what not. i had flaws. i know that. but ur silence makes me.....dumbfounded. so if this really is the end then....well....ok. fine. suit urself. i don't give a damn. well....i really give a damn. or not. or i don't know.

wateva. i'm just saying that u've been a great friend. i guess friends r not meant to last forever huh....our tango just doesn't work. ok now i just sound pathetic. i better stop now. well, good luck in ur life. emm.....congrats on ur convocation. u really deserves it.

oh yeah. sorry for all my stupid mistakes. have a great life. n errr....there's always a better guy out there that is the one for you. u just need to look harder.oh n lastly, what did i did wrong again? well, u always ended silent. it's been 3 weeks now but i still don't get about what triggered these. well, you know what. just tell me ok. text me. or call me. ok i'm done.

bye.

Sunday, June 13, 2010

Musim Kenduri kawen

sebenarnya aku malas nak update. tgh ada mood nak blogwalking. ada satu blog yg aku blom khatam ni so sgt excited nak habiskan baca tapi memikirkan yg esok aku cuti n kemungkinan nak update selepas cuti adalah tipis, so aku tulis la mengarut2 hari ni.

hari ni anak pakcik satu ofis aku kawin. aku malas nak pegi tapi tula, budak ofis aku semua bising coz kenduri kawin diorg semua aku x pegi pun. siap ada yg ckp "nanti kau kawin, xde sape yg dtg baru kau tahu". I was like....what??!!! pasal benda ni pun leh membangkitkan perkara camtu ke? hmmphhh...

ok2 malas nak bebel pasal tu. lagi 1 masalah aku kan, kawan2 rapat aku bukan jenis suka gi kenduri kawin ni. kalau gi karok diorg nak la. xkan aku nak jadi cam kera sumbang gi kenduri sorg2. so aku mmg la ada masalah nak pegi.tapi ari ni aku keje kat ofis. jadi ada la budak2 ofis yg leh temankan aku pegi.

tema diorg biru putih. suka tgk. tapi sorila xde gambar. nama pun hp canggih kan. mana la cantik nak amik gambar. t kalau ada kawan aku upload kat fb, aku cilok la yek.

anyway, selamat pengantin baru tuk Mohd Zamiruddin dan pasangan nye Nur Farihashaulah( betul ke aku eja nama die ni..lantak la) semoga kekal ke akhir hayat.

itu je update kali ni. bye. Peace!


update: tadi aku baru lepas main game online. tolong kawan aku ni la baru level 7 dah gelabah. aku ni dah khatam game tu so aku tolong la. ye, mmg kitorg main game masa keje. even bos aku pun tumpang tgk ok. =P

anyway, kawan aku ni bengong mentang2 aku dah tolong, die selamba dak je rakam aku main game pakai hp die. aku cam nak karate kid die kat situ gak. haiyahhhhhhhhghhhhhhh desummm desummmm ngok betul.  geram nih. grrrrrrr..... harap2 die x tunjuk kat sape2. mamat biol dan sengal. amik kau! *middle finger.

Friday, June 11, 2010

Pau biskut kacang merah

ok x template baru aku? kalau korg x suka pun, ada aku kisah? hahahahaha....suka aku la. yg penting i like it very much. love at first site tau....eh salah eja lak...sight...hehehehe

aku sebenarnya nak cerita pasal kejadian beberapa minit tadi. aku cam biasa la mmg muka bekal. so bila tgh hari, aku pun makan la bekal nasi yg aku bawak. tetiba, jen...jeng...jeng....kawan aku masuk bilik rehat. die kata nak pakai microwave.

me : pakai jela. *sambil kunyah nasi...
Aif (bukan nama sebenar) : aku xtau pakai.
me : kau nak panaskan apa?
Aif : aku nak masak pau.
me: pau????? *sambil buat muka konfius
Aif : ni la. *sambil tayang pau mini segera yg masih dlm bungkusan

jadi aku tolong la si Aif ni. masukkan pau dlm pinggan n masukkan dlm microwave. aku tanya Aif instruction kat plastik beg pau tu tulis kena masak dlm microwave berapa minit. die dgn yakin nya ckp kat aku 8 minit. so aku tekan nombor 8 kat skrin masa pada microwave n  terus kemas2 bekal nasi aku tadi. (masa die masuk tu, aku dah nak habis makan) tgh aku basuh bekas bekal nasi aku, aku ada terbau bau pelik.

me : kau beli pau perasa apa?
Aif : pau kacang merah. nape? ada bau ek?
me : aah. dah berapa minit masak?
Aif : baru 4 minit.
me : aku rasa microwave tu yg berbau kot.

Aif dah gerak jauh sikit dari microwave tu. takut meletup kot. tapi kitorg masih biarkan je. yela, belum 8 minit lagi kan. Aif duduk ngadap microwave tapi jauh la. aku lak baca novel. tapi makin lama, bau tu makin kuat. bila microwave bunyi je Aif cepat2 buka pintunye. x sabar la tu. nama pun dah lapar kan. saper suruh xnak makan nasi. aku x toleh pun. yela, aku tau die xkan pelawa aku makan skali punye. tetiba Aif panggil aku suruh makan pau. aku pun bangun dgn amat malas n pegi tgk pau tu. terkejut aku. x penah tgk pau rupa camtu. nak tau rupa camne?

lebih kurang camni. tapi lebih kecut n hitam....melampau tol la mamat ni. ada ke pau camni die suruh aku makan?

me : kau ni biar betul. camne pau kau masak leh jadi camni lak? keras macam batu. kalau baling kat anjing, terus mati tau.
Aif : wei, betul la. aku dah baca arahan kat plastik beg pau tu.
me : kau gi amik plastik beg tu kat tong sampah pastu kau baca. 

Aif amik plastik beg pau dari tong sampah n baca.
Aif : betul la 8 minit.
me : ye je. masak pakai apa?
Aif : pakai pengukus. *masa tu aku dah nampak tanda soal atas kepala die
me : habis tu kalau masak pakai microwave kena berapa minit?
Aif : xde tulis pun kat sini.
me : habis tu yg kau masak pakai microwave kenapa???
Aif : xleh ke?

masa tu aku xtau nak ckp apa. nak marah ada, geram ada, nak gelak pun ada. aku cam kesian kat mamat ni lapo nak makan pau. so aku amik pisau n potong pau tu dgn susah payah. yg hitam mmg konfem dah xleh makan tapi yg cam putih2 lagi kulit die aku makan sikit. xpela kalau terkena keracunan makanan ke. kawan punye pasal kan. bila aku makan je, eh...cam sedap lak. rangup cam biskut. aku suruh Aif makan. die amik n terus ke sinki. dah sedia nak muntah la tu. takut x sedap. ingat aku ni keji sgt ke nak aniaya die. 

Aif : em..sedap gak. nak makan pau, tiba2 jadi biskut lak.
me : aah. pau biskut kacang merah. hahahaha....kau makan jela. bazir la.
Aif : xnak la. aku nak makan pau bukan biskut. hmmpph...x pasal2 ikut amalan setan lak.
me : apasal lak?
Aif : buang rezeki. 

Aif amik semua pau tu n buang dlm tong sampah. satu ofis aku dah bau cam terbakar sbb bau pau biskut kacang merah yg hangus tu. sampai baju aku pun berbau. ni aku cari si Aif x jumpa. aku rasa die tgh misi mencari pau lagi. pau dah siap masak la. xkan nak beli yg segera lagi kot. x pasal2 jadi pau biskut lagi....hehehehe



p/s : Aif cakap kat aku jgn bagitau sesape. xla, mana ada aku bagitau sesapa. kan...kan...kan....

p/s/s : tadi aku tgk makcik cleaner pandang aku semacam je. sebelum tu aku nampak die ada masuk bilik rehat. mungkin die kemas bilik rehat. die jumpa ke bahan bukti? bukan saya la makcik. saya x buat. betul bukan saya.... =P


Tuesday, June 8, 2010

In the Blues

actually I wanted to update about what happened on Agong's birthday holiday but bcoz of some technical problem, I had to postponed. mybe later....a week or so. I don't know. I'm just not in the mood rite now. SIGH.....hmmmppphhhh  =(

cannot help myself but wonder if what happened is my fault....actually I don't even know what happen...things just turn out that way...and I'm not in the mood to talk to anyone but still wanted some company.... so what did I want again? huh....really messing up my mind....I need you. I know you r busy but with my non stopping -ve thinking mind, I really needed you by my side.

I don't have many friends so the ones that I have, I really really treasure them but still these things happened. I don't know if I'm not caring enough or understanding enough for you. yes, you the one that is making me this way. you, that had been my friend. you, the one that you pour your problems at. you, the one that argues with me a lot. you, the one that said my clothes are too boyish for me. you, the one that accompanies me when I'm sad. you, the one that help me a lot in class where I always sleep when the most important thing are being said. you, the one that is making my heart sore. you, the one that is ignoring me for almost 2 weeks now.

so plz call me or text me. I NEED you. NOW. Period.

Rombongan Cik Kiah

semua ni kejadian2 masa hari jadi Agong. so ofis cuti n keje part time of coz la jadi cuti gak bila ofis tutup. ingatkan nak lepak kat rumah guling2 cam hindustan tapi mak awal2 dah book aku. mak kate ada misi yg nak die tunaikan. so aku terpaksa la ikut. aku ni kan org penting. mesti la kena ikut kan....hahahaha

kebetulan akak n my abg ipar balik rumah on friday. so diorg pun di angkut sekali berjalan2 dgn mak n adik2 aku. jln2 kat Angsana untuk misi penting. ceh cam mision impossible lak....hehehe...xde la. mak nak cari kamera digital untuk kesenangan aku nak upload gambar kat blog. hahaha....berangan lebih. xla kamera tu mak punya....huhuhu....xde org nak hadiahkan aku kamera ke? alamak, dah menyimpang jauh lak....hahaha ok la. enjoy the pics....



Ai ckp dah lama x makan piza so ari tu kitorg mkn kat Pizza Hut...




ok la....aku saje je letak pic Ai coz baju yg aku pakai ari tu x glamer mana pun....huhuhu... baju yg Ai pakai ialah C Go Star red blouse, Series black jeans, Capers shoes, white inner shirt, pink scarf, cristal bangle n watch.
lepas berjaya mengisi perut dan purchase kamera, mak ajak aku cari tempat ni....Kota Iskandar. katanya dah siap kan so mesti la teruja nak pergi....lagi la tempat tu dekat je dgn rumah aku...


aku xtau ni bangunan apa but still cantik kan....cam kat Putrajaya lakss....kereta Viva biru tu kereta kakak aku...nak gak menyemak dlm pic aku ni...kereta kancil aku tersorok kat belakang pasu besar tu...huhuhu


ni lak bangunan kat depannya...ada cam universiti kat overseas x?


ni betul2 kat tgh2 antara 2 bangunan tadi....ada bendera Johor n logo Johor tapi aku malas nak amik pic. depan nye ada fountain. ni adegan Ai dan adik kat depan sejarah Johor. konon2 baca la tu....model x berbayar la diorg ni...hehehehe..

kedudukan dataran ni agak tersorok. (aku panggil dataran coz tgh2 die ada fountain n lapang giler).masa sampai pun dah agak petang walaupun mathari agak terik dan kitorg dah pusing2 berapa kali kat situ sampai  xtau nak pegi mana dah. nasib baik aku ni rajin gak masuk lorong2 semua. so dpt la pemandangan yg indah dan pics.




p/s : aku xtau kenapa entry ni jadi tarikh semlm lak....apa2 la yek...yg penting update... =)


p/s/s : lain kali nak ajak Al dtg sini la....hehehe

Sunday, June 6, 2010

Ok aku geli

pernah x korg tetiba rasa geli geliman rasa cam nak muntah hanya sbb kata2 org? ok, sekarang aku mmg betul2 rasa nak muntah. betul punya muntah. camne nak elak ni ek? boleh pulak die duduk dekat2 aku. rasa cam nak balik sekarang je. gile betul la. ok muka dah bertukar hijau. camne nak lari ni? x tahan la......aku.....erkkk.....koma....

Thursday, June 3, 2010

Kebimbangan Seorang Ibu

aku mmg la masih bujang....belum kahwin lagi tapi bila mendengar kebimbangan seorang kawan aku ni, aku rasa betapa susahnya menjadi ibu. ibu zaman mak2 kita dulu biasanya x keje. duduk rumah jadi suri rumah dan jaga anak2. kebanyakan ibu2 muda zaman sekarang semuanya bekerja. bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi untuk membantu keluarga gak. tapi bila dah ada anak, masalah lain pun akan mula timbul. mana nak letak anak masa gi keje? sape nak jaga?

aku tgk dlm surat khabar, banyak sgt kes buang bayi la, bayi tercekik fishball la. korg ingat nak dpt anak ni senang ke? ada org yg dah kawin sampai 10 tahun pun still xde anak tau. korg senang2 je buang. x pun yg keje nye jaga anak org, boleh pulak ko x tgk2 kan budak tu! duit jaga anak ko nak, budak nye ko malas nak jaga.

nape aku emosional sgt ni? hehehehe....sori2....back to main topic k. berbalik pada kawan aku ni.die hantar anak die pada sorg makcik ni. aku namakan Kiah la eh. Kiah ni merupakan kenalan kawan aku gak. die dah jaga anak kawan aku bukan sebulan dua tau tapi dah masuk 3 tahun umo budak tu. so kawan aku ni tetiba mak die suruh die tinggalkan anak die pada mak die. yela buat peneman coz mak die tinggal kat kg dgn adik die but adik die pendiam so ni buat teman la. budak2 kan riuh mulut. xla mak die sunyi. kawan aku pun ckp la kat makcik Kiah yg die mungkin x hantar anak die seminggu dua untuk temankan mak die. boleh x semlm si Kiah ni letak semua brg2 anak kawan aku atas desk kawan aku kat ofis. xde adab kan? xleh ke ko bagi by hand. xpun call suruh amik kat rumah. bukan kawan aku xtau rumah kau. dah 3 tahun kot ko jaga anak die.

kawan aku ni sabar lagi. boleh telefon cakap baik2 tanya dgn si Kiah.

"Kak, nape tinggalkan brg2 anak saya semua? kan saya cakap mungkin seminggu 2 je"

"Owh xla. akak takut susu tu basi. Nanti bila ko dah amik anak ko dari rumah mak ko, ko hantar la skali dgn brg2 die"

dlm fikiran aku la kan, boleh ek ko ckp camtu kat kawan aku. ko siap bagi selipar n sabun anak die skali ko leh ckp takut basi? sabun leh basi ke? aku kesian tgk kawan aku. mmg sah2 la si Kiah tu dah xnak jaga anak die tapi kot ye pun biar la beradap kan. kata org melayu ada adab. haaiishhhh.....aku nasihatkan kawan aku tuk cari org lain je @ cari taska tuk anak die. 

ada org yg baik jaga anak org sampai 3 bulan x berbayar tapi mak bapak macam x endah je dgn anak die. ada org bayar mahal2 tapi anak nye sampai dah biru pun xnak hantar kan gi hospital. org zaman sekarng ni susah nak jangka.

babies yg comel2 belaka...


3 tahun tu camni besarnye....xla susah nak jaga cam bayi kan?


p/s : aku takut lak memikirkan camne aku nanti. cam rasa nak berenti keje terus je bila aku ada anak nanti. jaga sendiri lagi puas hati kan? buntu ni....

Wednesday, June 2, 2010

Aku yg kerajinan mencuci kereta

semalam aku terlebih rajin membasuh kereta sendiri kat rumah. bukan la aku buat sorang2. aku ajak Ai n adik tolong aku skali. Ai mmg banyak la menolong tapi si adik ni duduk dlm kereta n just enjoy the view. die kata suka tgk org splash air kat die tapi x basah. i was like...what? hahahaha.....hampeh punye adik....anyway, aku nak cerita yg aku rasa kerajinan aku dan Ai cam berbaloi sikit je (jimat rm7 je kalau cuci kat carwash) tapi kalau dah pegi balik lalu situ, akan la kotor balik kan...



nila gambaran kereta aku sebelum di cuci. minus kereta nye coz aku bawak kancil je....huhuhu pagi tadi aku lalu lagi kat laluan tu. bawak 30km/j je tau tapi masih kotor gak. aku rasa petang ni akan bertambah lagi. hmmmpppphhh... = (
bila la diorg ni nak siap buat bangunan....xkan ari2 aku nak cuci kereta kot....so mungkin balik keje ni aku nak try laluan lain. tapi cam x mampu je. jauh tu. habis minyak aku. nak buat camne ni ek?



p/s : bunnies telah di bawa pergi balik ke tempat asal....huhuhu really miss them...ko pehal lak rindu2 kat arnab org? hehehehe tonyoh kepala sendiri....