I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Tuesday, May 29, 2012

Serabut sesangat

aku sebenarnya nak update pasal cuti hujung minggu lepas. tapi tetiba lak charger n cable kamera hilang. camne nak transfer gambar?

so mari la kita merepek2 ari ni. ala cam x biasa lak korang ni. hehehe

minggu ni rasa cam serabut sikit. bukan serabut sikit tapi serabut banyak. tetiba je ubah kumpulan pastu jadual pun berubah sekali. dah la minggu ni aku kena keje sampai ahad. pastu diorg nak sambung sampai isnin lak? banyak cantik muka ko. ingat kitorg ni robot?

lama2 naik menyampah lak keje kat sini. politik mengalahkan Amerika! memang dasar @%$@%$$^*&


ok tetiba aku berapi2.

baik stop sekarang.



nak tgk gambar Nia la. biar sejuk sikit hati aku ni.


jadi kalau aku x update tu, paham2 la yg aku bz menguruskan keadaan ofis yg kelam kabut nih. ni la yg org katakan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. haisssshhhhhh




p/s : orang kalau berlagak pandai memang camtu. damn la!





Monday, May 21, 2012

Selamat Pengantin Baru Ila!

semalam aku sedaya upaya meng'avaiable' kan diri untuk hadir resepsi perkahwinan Ila dan Faiz. owh Ila ni kawan aku masa kolej dulu. masa aku kawin dulu die n M datang time nikah. tu pun dah malam. tapi still aku hargai sesangat. so masa die kawin harus la aku menghadirkan diri kan?

lagi satu yg buatkan aku teruja sesangat nak tgk wedding die adalah kerana die ni bos butik perkahwinan n part time model. so mestila best kan?

dah la malas cerita banyak. kita tgk gambar jela. owh gambar aku copet dari FB si M. sbb saya pemalas nak transfer gambar dari kamera hehehehe







suasana dalam dewan. owh majlis ni kat Dewan Jubli Intan Johor. cantik kan? tema putih, krim n ada la campur2 sikit purple. ke tu biru ek? tetiba rabun warna.







siap ada tarian zakin ko. korang ado?














sesi foto dgn ex-kolej yg same batch. owh yg sama color tu sbb diorg kendarat. baju di sponsor oleh Ila. masa ni aku dah balik dah sbb tetiba Nia demam lak. xkan la aku nak lepak lama2 kat situ kan.

anyway, to Ila n Faiz, selamat pengantin baru. moga kekal bahagia hingga hujung nyawa. n cepat2 dapat baby! =))








p/s : suka tgk dress Ila hari tu. tapi cek x mampu....huhuhu mampu tgk org lain pakai pun jadi la. 









Monday, May 7, 2012

Minggu lepas yg agak cemas

hey korangs.....rindu aku x?

aku x kemana pun. ada je kat rumah.

ye, aku demam je seminggu pastu Nia lak demam sampai masuk hospital. sekarang Nia dah ok dah. cuma batuk sikit je.

tapi masa Nia sakit tu, aku cuak jugak la. sikit la. yela sbb die kena high fever sampai 40 degrees tau. nasib baik x kena sawan. heiii......mintak2 di jauhkan la. masa tu aku memang xde selera langsung nak makan. ok tipu sbb makanan hospital x sedap. nasib baik mak datang bawak makanan. hampir kebuluran aku masa tu. hehehehehe anak sakit pun leh fikir makan lagi ek. sila lempang....

owh Nia warded x sampai 2 hari. masuk pagi rabu minggu lepas, khamis petang die dah keluar dah. tu pun macam nak rak aku pujuk doktor biar Nia dapat keluar hospital. yela, kat hospital pun diorg just bagi ubat pastu Nia muntah then tido. Nia tido, aku pun tido la. hehehehe

doktor cek apa2 patut. lungs ok. pernafasan ok. Nia pun x demam masa tu, so dapat balik. sampai rumah je Nia demam balik. hai la budak.....




 macam dalam penjara......



so aku sambung cuti sampai la semalam. ni baru aku masuk keje. tu pun hati ni cam x tenteram la tinggalkan Nia kat rumah pengasuh tadi. muka die pun cam sedih je masa tu. tengok la lunch hour nanti ke aku gi jenguk die.

but so far alhamdulillah mother n daughter is fine. sekarang Al lak yg batuk2. pulakkkkk.......hehehehe hopefully batuk jela. xnak la demam ke apa lepas tu satu rumah berjangkit. memang best la pastu kan.




macam sedih je walaupun masa ni dah dapat keluar hospital....





p/s : Nia ok ke x ek?? risau pulak.....