I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Monday, February 28, 2011

Mengidam Asam Laksa punye pasal

semalam kan aku ada bagitau yg tetiba je lepas baca blog peej, terasa lak nak makan asam laksa. dah la si noy tu gila asam laksa kan. eh tetiba cerita pasal peej lak.

anyway, semalam dah la aku lapar yg tahap nak makan stereng kereta dah. perut lak menggila nak makan asam laksa gak xnak makan benda lain. melilau aku cari asam laksa. bawak la kereta slow2 kat pekan dgn harapan dapat jumpa restoran yg jual asam laksa.

tapi dah petang2 ni mana la ada jual kan. ada pun kedai seafood je memanjang. jadi plan terakhir adalah mencari di Jusco Taman U. boleh?

mesti la boleh. dan jumpa ok. masuk je kat medan selera jusco tu terus mata aku ternampak tulisan laksa penang. aku memang dah x tunggu apa dah. order, bayar dan terus cari seating. nasib baik ada. dan apa lagi. ngap la kan.



ni die asam laksa itu. sangat menyelerakan lagi2 bila dah tahap kebulur cam aku.


oh kotak pizza tu memang ada kat situ. ala semak2 pun yg penting dapat duduk kan. dan aku x beli air pun. sebab tujuan datang Jusco pun semata2 sebab nak makan asam laksa je. dah habis makan tu ingat nak pekena sushi lak. gi la round2 tempat sushi tapi org ramai macam kehapa tah. belum lagi yg beratur kat kaunter. dah la aku kalau beli sushi 2 ketul je. nak beratur lama2 semata2 nak beli tu je. lupakan jela....so kensel ingat nak balik rumah terus jela.

masa nak gi autopay nak bayar parking, boleh lak aku ternampak ada sebuah gerai yg jenis tepi2 kedai jual asam laksa gak. harga rm3.50 je. aku beli kat medan selera tadi rm4.75 campur tax 5%!!!!!!

baik, ini la akibat kalau dah lapar sangat. xpela. kalau beli pun belum tentu sedap kan. aku halalkan jela lebih rm1.25 tu. *ayat sedapkan hati.





p/s : eh tapi laksa tu memang sedap la. lain kali nak try makan laksa siam la. kat situ pun ada jual gak.

Sunday, February 27, 2011

Lapar la

lapar giler sampai rasa nak makan kerusi meja dah ni.
oh aku keje ari ni. biasa pekerja cemerlang memang camni.
pulak tu aku baca blog peej. die dah la banyak entry pasal makanan.
x pasal2 tetiba teringin nak makan asam laksa lak. tapi nak carik kat mana ek?

tah la. eh, dah boleh balik la. bubye. nak carik makanan. =))

Saturday, February 26, 2011

Gila Coklat

mula dari 23-25 februari ada pameran buku dan coklat berdekatan dengan ofis aku. masa memula pegi tu rasa cam biasa je. coklat pun bukan yg import punye ke jenama mahal2 punye ke. just coklat buatan malaysia je. tapi aku singgah la kejap temankan kawan aku sebab die ada booth kat situ. booth die buat pameran buku je.

so bosan2 tu, aku pusing2 la jugak. xde benda best pun. tapi aku ada la jugak beli coklat rm1. buat rasa. bila makan rasa cam eh sedap la pulak. tapi masa makan tu aku dah balik ofis pun. malas nak menapak ke pameran tu balik. cadangnye nak gi masa ari jumaat.

so semalam aku pegi lagi pameran tu. nak beli coklat yg aku beli aritu la. bila sampai kat booth tu, xde orang! aku tanya kawan aku. kawan aku kata mungkin stok diorg dah habis kot sebab tu diorg x buka. dah la last day. di mana aku nak cari coklat ni?

di sini kah?

ni gerai jual coklat marsmallow cucuk2. ada gak coklat bar tapi x minat langsung nak singgah. nape tah.



sini?

 booth jual coklat dgn patung2 comel. x suka la patung. bukan leh makan.



kat sini ke?


memula nak beli coklat filling tu kat sini. gambar jauh je. taku nak amik gambar dekat2. kang x pasal2 kena saman. owh diorg jual ikut kotak. ada yg rm40 isi coklat berapa ketul tah. ada yg rm50. yg jual satu2 cuma coklat kosong je. ada la coklat tu ada la bentuk love2 la huruf2 la. apa jadah lak aku nak beli camtu kan. nak bagi sape. oleh itu, kita kensel beli sini!


tetiba kawan aku ni dok sibuk promote tiramisu kat aku. eleh setakat tiramisu, aku dah penah makan la. biasa je rasa die. "ko try la rasa dulu". kawan aku cakap camtu sebab booth tu kawan die punye. kena la promote lebih. ceh macam la dapat komisen. okla kita rasa ye.



ni la gerai tiramisu. diorg ada jual coklat dgn filling gak. 


memang terbaik ok. x sama cam tiramisu yg ko beli kat kedai. diorang letak banyak cream cheese kot. oh secawan tu harga die rm4. kalau beli 3 rm10 je. masa last day tu, diorg ada tambahan lagi. beli 3 percuma satu cup kecik tiramisu perasa strawberi. harga rm10 gak. ahhhhhh cobaan.....cobaaannnnn.....tapi aku beli satu je. takut si Al x suka makan. t aku jugakkkkk yg kena habiskan.

balik je rumah, terus mengadap benda tu. sedap weyhhhh. aku bagi la Al rasa sikit. memang betul pun die xnak. so.....aku la yg kena habiskan. aku suka je. hihihi



dah separuh aku makan. simpan untuk esok lak. hehehe 


ye, benda sedap perlu la di makan sikit2 supaya kita dapat betul2 menikmati rasanye yg sedap itu. oh aku ada jugak beli coklat dgn strawberi filling dan dark coklat. beli kat booth yg sama lak. 2 ketul rm2 je. patutnye rm2.20 tapi kawan aku mintak kawan die bagi diskaun. thank you bebeh. tetiba.

tapi coklat tu aku x sempat makan lagi. sebenarnya sayang nak makan. hehehehe





p/s : i like sweet things. yummmeyhhhh

Thursday, February 24, 2011

Perlu ke aku buat report?

so semalam aku dengan jaya nye telah bershopping barang dapur kat Giant lagi. nape Giant? sebab dekat dan barang2 murah. dan aku berjaya masak mihun tomyam yg sedap semalam buat suami tersayang. ceh tetiba nak up diri sendiri lak. apa nak buat. aku masak memang sedap. hehehehe

anyway, aku shopping barang2 tu xde la lama. sejam je. barang untuk masak semua dah beli, tetiba terasa nak beli makanan ringan lak. macam nak makan kekacang la. so aku pegi la kat line yg jual benda2 alah tu.

masa tengah pilih2 tu, aku tertengok kuaci jenis sama yg aku beli ari tu. ala yg aku tulis kat sini.

aku pun saja la belek2 mana tahu die dah tukar stok baru ke kan. aku ni kan gatal nak makan kuaci perasa tu jugak. sekali aku tengok tarikh luput.......sama jugak macam ari tu. ada la dalam 30 peket kat situ. semua pun dah tamat tarikh luput. ye aku memang giler sebab sanggup cek semua peket tu. aku dah cam....aik? diorg ni keje main2 ke apa?

nak je aku tinggalkan nota kat situ "sila tukar barang anda yg dah tamat tempoh dan berkulat ni".

tapi aku xde la sekejam tu kan. gila apa nak tinggalkan nota camtu. saiko tol. so aku amik jela kuaci kat sebelah die. perasa harum manis ke apa tah. tengok tarikh luput die April 2011. ok lulus.

jadi malam tadi keje aku mengunyah benda tu jela depan tv. sedap pun sedap. rangup jugak dan di sukai ramai. ehekkkksss

oh lupa lak. korang rasa kan, patut ke aku biarkan je perkara ni ek? nak report kat manager ke? t diorg pikir aku ni pelanggan yg busybody lak. i x mau publisiti murahan camtu ok. eh tergedik lak.




p/s : malam ni makan steamboat buatan sendiri lak. wooohoooo! yummmmmeyyyyhhhh...

Sunday, February 20, 2011

Bila bosan aku buat apa

selalu orang cakap best la ada internet. boleh chatting, boleh buka facebook, baca blog. tapi kalau dah hari2 ko mengadap benda tu je, x bosan ke?

kadang2 aku buka facebook pun xtau nak buat apa. asyik la tenung profile pic aku yg comel tu. baca blog untuk hari ni pun dah. so nak buat apa lak sekarang ni?

ok. boleh main game. line pun tengah clear ni.




ini game fav aku. sebab senang menang dan x menyusahkan kepala otak nak fikir banyak2. owh lupa nak cakap. game ni ada 10 level. dan aku dah khatam pun semua level nye. habis nak buat camne kan. dah aku memang terer habis.




 
ni pulak kira tidbits must have aku. skittles littles. aku jarang beli yg besar. x penah pun rasanye sbb rasa cam banyak sangat takut x habis. kalau terasa nak kunyah ke, mesti beli benda ni. sejak kolej kot aku dah addicted dgn benda ni. rangup, manis dan sedap di kunyah. i like!

hmmm....xtau nak buat apa lagi dah. keje di hari ahad. memang camni la jadi nye. xpe. ada lagi 3 jam lebih sebelum balik. go go chaiyok!

Thursday, February 17, 2011

Girls Day Out

ni masa keluar gi sarapan pagi minggu lepas. ha kan dah cakap aku ada banyak giler entry yg tertangguh ni. sila la layan.

owh masa ni aku terasa nak makan horfun(camne nak eja ek?). ala die macam kuetiao hongkong tapi lagi sedap kot. aritu dah makan dah dgn budak ofis aku tapi masa tu aku makan sipi2 je. yela, die yg order xkan la aku take over makan lak kan. lagipun, aku masa tu cam kenyang lagi sekali die suruh aku rasa je terus cam perghhh sedap weyhhh. terus menyesal x sudah.

jadi sejak hari tu, memang tekak ni ada terasa nak makan horfun. pagi tu cam biasa la member aku ajak gi sarapan. aku pun dah fikir nak makan horfun. bila sampai2 je, rupa2 nye menu horfun cuma ada waktu tengah hari je. huhuhu tapi xpe. perut masih perlu di isi jadi kita order kuetiao goreng!



santapan aku : kuetiao goreng dgn ayam chicken chop crispy. member aku both order mihun goreng dgn chicken chop crispy.






ini la dak ofis aku yg kuat makan itu. kalau ajak die klua makan, ada je cadangan die. nak makan seafood lasagna la, bento la. tekak die memang masuk je semua jenis makanan. owh die tambah lagi coleslaw ok. giler betul budak ni. nasib baik kawan aku lagi sorg ada n die la yg habiskan.




my other officemate. tgk syok makan la tu.


lokasi tempat makan adalah di SDS Cake House. selama ni masuk bila nak makan kek atau roti je kan. bila kawan aku ajak makan sini baru la ku tahu ada lebih dari itu. anyway, thanks la korang layan kan je tekak aku ni. next time leh buat lagi. hehehehe



MODE : pemalas tahap ultraviolet

ye, aku kini agak malas nak update sbb terlalu banyak perkara yg perlu aku update.

dah la gambar xde.

rasa x best lak nak update bila gambar xde.

dah la perkara yg nak di update tu is a very eventful day. hmmmmppppphhhhh.....

so korang kena la sabar sikit dgn tahap kemalasan aku ni.

harap2 by end of the day, akan ada la entry2 kusam aku tu ye.
korang doa la banyak2 sikit. hehehehehe....

Friday, February 11, 2011

Ole-ole dari Bali

masa abg aku nikah ari tu, die sempat la bagi ole2 yg die beli masa die gi Bali. die gi Bali bulan lepas kot. ala nama pun duduk merantau mana la nak jumpa adik2 die kan. kira masa die nikah tu macam episod jejak kasihan gak la. hehehehe

abg aku beli kan ini!


beg batik made in Bali. 

tgk sikit depan tu kan ada tulis Bali. kalau buat kat tempat lain aku xtau la. yela kadang2 beli barang kat UK skali barang tu made in China. xleh nak berlagak langsung kan.

x nampak ke? meh aku buka besarrrrr sikit.



abg ada gak belikan keychain n fridge magnet. aku amik keychain je. fridge magnet tu macam agak seram sikit la. muka lagi nak nganga mulut lebih2.

bentuk die lebih kurang camni. 

cuba kalau aku buka fridge malam2 pastu nampak benda ni, mau aku campak benda ni keluar rumah. xde makna nye ko nak lepak lelama kat rumah aku! hergh hergh (tetiba cakap penuh bertenaga)

owh fridge magnet tu mak aku yg amik. tapi aku x nampak pun benda tu kat peti ais. tah2 mak aku pun seram tengok kot.

Wednesday, February 9, 2011

My brother's wedding

minggu lepas aku n family berkonvoi ke Ampang. bukan ada sebab best pun, just satu2 nya abang aku nikah n sanding. memang la perkara ni berlaku sekali je dlm famili aku.

kitorg gerak ke Ampang hari Khamis. memula singgah Batu Pahat dulu amik akak n her husband then baru gerak ke Ampang. kitorg stay kat motel je. yg penting ada tempat tido n rehat. ok la motel tu. just aku x berapa suka bau colok n bunga melur. sangat mengganggu emosi tau. ceh ngengada lak. eheksss.

malam tu berehat secukupnye sebelum bersedia ke agenda seterusnya. pagi jumaat, abang aku dah terketar2. hahahahah xdela. die kan mmg selamba je tapi muka cuak tu still ada. kami semua pakai baju ungu. konon sama dengan barang2 hantaran la. skali rupa2 nye barang hantaran dari pihak perempuan yg warna ungu, dari pihak kami warna pink. abg.....abg.....nasib baik la abg aku sorg je. haishhhh....

majlis nikah agak serabut sebab ada sepasang lagi pasangan pengantin yg akan di nikah kan. rupa2 nye nikah serentak. boleh? memula kadi nikah kan abg aku, then pasangan lagi satu lak. pastu bacaan2 pun lebih kurang je. kalau nikah kat selangor memang camtu ek? ke memang tempat lain pun camtu cuma aku je yg xtau? hmm lantak la ye. yg penting dah selamat dah.

then kami gerak ke rumah kakak ipar aku lak. ada jamuan sikit. ada satu jenis kuih tu bentuk rupa macam kuih koci tapi dlm balutan daun pisang tu ada santan. kuih apa tu ek? sedap la. lain dari yg lain. eh cerita makanan lak. hehehehe tapi mak akak ipar masak memang sedap la.


abg n akak ipar bersama hantaran. 

eh korg kenal ke diorg ni? hahahaha lagi mau tanya kan. nak tau lebih lagi, sila la cari blog diorg kat blog list belah kanan ok.

selesai makan, kami balik ke pangkal jalan. bersedia untuk agenda esok lak. iaitu persandingan. sebenarnya diorg x sanding siap menepung tawar semua. just amik gambar je. masa berarak tu, abg aku jalan macam ke hapa. laju giler. hello, awak tu pengantin. sila bersopan sikit boleh x?

sampai2 je kitorg terus di sambut tuan rumah n pengantin perempuan. persalinan adalah berwarna pink. comel gak abg aku pakai pink yek. kami terus di bawa ke meja makan beradap sambil di dendangkan alunan lagu berserta angklung. cam best kan? rumah akak ipar pun just nice. cam wedding dalam taman pun ada.









sila jgn berangan lebih ye D. 
kamu masih ada banyak benda yg harus di selesaikan minggu ni! 
adeh rasa nak pitam la. tolong panggilkan ambulans boleh x?


owh ye.
lupa lak.
ini sedikit gambar sekitar majlis. ambil dari blog tutupmulut.


prop sekitar majlis. dlm rumah lagi best. ada lampu dlm lantern. semua di DIY oleh akak ipar. 
saya nak! saya nak!





my akak ipar n bunga tangan. pun DIY. cantik ok bunga tu. nangis tengok.






the bride n groom. ni masa lepas nikah. baju kombinasi aqua green n putih.




akhir kata.....



Selamat Pengantin Baru!!  Semoga kekal ke akhir hayat.







p/s : hari sabtu nak dekat tapi banyak benda lagi kena buat. rasa nak belah badan jadi lapan. -_-!

Tuesday, February 8, 2011

Busy

i've been a little busy with the preparations n what not. preparation apa? nanti2 la aku cerita k. ni pun badan masih x sihat. jetlag lagi. boleh?

xde masa lak nak update panjang lebar hari ni. yela aku mc je 2 hari, cuti tahun baru cina 4 hari mau x banyak benda nak update kan. ni pun kepala otak aku xleh berfungsi dgn baik. padahal sibuk baca blog org yg lepas2 x sempat nak baca. syhhhhhh macam dah lupa je apa yg berlaku minggu lepas. apa yg dah berlaku yek?

kalau korg malas nak tunggu update aku, apa kata korg gi baca kat blog kakak aku dulu.

cam lapa la. nak makan apa ek? cam rindu kat seseorang pun ada. ceh, jgn gedik sangat boleh x? pang! ;P

Tuesday, February 1, 2011

In Denial

so lately i've been a bit moody n grumpy. ok la not a little bit but more to always....ok wateva.

mybe becoz i'm in denial. can't accept it .....yet. my mind can't focus.

so stop bothering. i know you care but still....i don't need sympathy or empathy. coz i don't want to pamper myself too much. if i want to, i can ask. hahaha like i'm a big celebrity to ask ppl to pamper yeah?

but really la.....

i didn't feel anything.

like seriously.

soo plz.....keep ur distance n i'll be ok.
promise!