I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Saturday, May 31, 2014

Jalan bertiga saje

bosan duduk rumah semalam. jadi ajak Nia n Ari gi jalan2. x gi jauh pun. gi Aeon dekat dgn rumah je. alasan nak beli susu. boleh?




baik je budak 2 org ni kan.






lepas beli barang sikit, belikan Nia donat n aiskrim. upah sbb good girl sangat hari tu. lepas tu bawak diorg gi Taman Rusa kat UTM.




sambil makan sambil tengok rusa.











Ari x minat langsung. die lebih minat nak main kunci kat tangan aku. masa ni berebut topi dgn Nia pulak. adehhhh... tunggu die besar sikit baru best kot.

Nia kalau boleh nak lepak situ lama2 tapi Ari dah bising. dah masa die tido kan. plus cuaca panas la sekarang ni. budak2 ni bukan leh panas sangat nanti mula la naik merah2 badan diorg.

anyway, ni kira 1st time bawak Nia n Ari klua bertiga jel. so far ok la. mungkin sbb dekat kot. n yg penting makanan kena ada kalau x mula la Nia tu bising nak makan. hehehehe










Tuesday, May 27, 2014

Cedera lagi

alkisahnye masa ari kamis minggu lepas kitorg ada lawan bola jaring. lawan suku akhir untuk tentukan tempat ke 3 dan ke 4. kalau ikutkan dari ari selasa memang ada game tapi sbb kan insiden terseliuh ari tu, aku jadi reserve je. boleh lak hari terakhir tu x cukup player so nak xnak makcik kena la ganti diorg.

suku akhir kena lawan juara lak tu. x ke haru. pastu kena belasah teruk gak la. malas nak jawab gol diorg berapa tapi yg pasti kitorg dapat telur ayam je. huhuhu

balik tu kaki macam dah mula rasa kebas balik. yela kaki x baik lagi aku dah main netball lagi. memang padan la muka aku kan. ari sabtu baru pegi urut lagi. sbb Ari demam dari ari kamis. die tu kalau demam memang nak berkepit je. langsung xleh tinggal ok. nak gi bilik air pun kena tunggu die tido. tu pun die tido kejap je.

lepas pegi urut boleh lak aku gi jalan2 cari pasal dgn si M. dekat setahun gak x jumpa minah tu. dah jadi tunang org dah die. 2 minggu lepas kot. aku x pegi sbb die buat kat Putrajaya. kitorg jalan2 kat Pesta Konvo UTM je. ingatkan nak cari baju raya untuk budak2 tapi xde lak yg berkenan. plus xde yg mengikut warna tema. ada pun kain macam panas. x sesuai untuk budak2.

dah lenjan kaki kaw2 esoknye terus mc. hahahaha bagus kan?

ikutkan aku kena gi urut lagi ni tapi macam malas. sbb makcik tukang urut yg aku suka tu jauh nun dekat rumah mak aku. dah la xde org nak tolong hantar. jadi nak bagi ala dramatik, aku pun beli bandage yg macam sarung kaki tu. hahaha tapi ok la pakai benda alah ni. die kan ketat jadi aku pun jalan macam terdengkot2. macam org kaki patah pun ada.




pic google




sebenarnya kalau x pakai pun ok je. boleh jalan cam biasa tapi nanti kaki aku bengkak n lambat baik. so nak xnak terpaksa la pakai walaupun aku rasa dah macam robot pun ada.

kaki......oh kaki......
bila la ko nak baik.......




p/s : x best la xleh jalan2 pusing2. (rasa cam nak gi holiday pun ada ni.) huhuhuhu......



Thursday, May 22, 2014

Perkembangan Ari 10 bulan

-- budak Ari ni aku xtau la. susah betul nak bagi die senyum ke gelak ke. tapi kalau main dgn akak die kuat jugak suara die. ketawa jugak. entah apa yg kelakar pun xtau.


-- pandai duduk tapi ikut suka die la duduk camne. mak cakap die duduk sama cam aku masa kecik2. ikut suka ati je. hahaha lantak yg penting duduk jugak.




nampak tak? ikut suka mu la...





--  dah pandai berdiri jugak.
tapi berpaut la. sambil berdiri tu sambil jalan sikit2 pastu amik semua barang atas meja. meja dah la pendek je. yela kitorg kan makan bersila. dah sekrang xleh letak barang atas meja. kalau x.....habis la...





berebut dgn kakak. ade je budak 2 org ni.


kadang2 ada gak terletak cawan n pinggan atas meja (biasanye Nia la yg letak). dah jadi satu keje pulak nak kena sapu n lap cepat2 sbb Ari pun akan cepat2 gak masukkan nasi ke apa yg tumpah tu dlm mulut. hadehhh...


-- dah pandai main.
kadang2 tu die saje je kacau kakak die. x pun pegi dapur cari periuk. ye, anak2 aku sama je. suka main periuk. xyah susah2 beli mainan. xpun die pegi kirai2 kan baju. penat aku lipat, die laju je tolong 'kemas' kan.


--dah ada gigi 2 batang. sejak ada gigi, die dah xnak makan nestum. nak bubur nasi sesaje.


--pandai tepuk tangan. sebenarnye dari umo 8 bulan dah pandai. sekarang ni dah pandai tepuk ikut lagu lak. siap goyang2 kaki lagi. huhuhu





itu je kot. nanti2 update lagi. penat la pulak menaip ni.








Tuesday, May 20, 2014

Cedera macam atlit

sori la lama x update. alasan? sbb malas boleh? hahahaha

anyway, weekend xde buat apa2 pun tapi berjaya gak la pegi Giant. walaupun jalan dah macam apa dah. ye, kaki ai terseliuh ok. x penah2 nye terseliuh boleh lak kena.

cerita nye camni. masa ari kamis lepas aku main netball wakil jabatan. cerita ni macam best je kan. memang x sbb aku injured bukan masa lawan pun. injured masa main netball suka2 je. ye, poyo kan. sbb patutnye jabatan aku lawan jabatan IT tapi boleh lak jabatan IT xde wakil. so kira menang tanpa bertanding la kan. so kawan2 aku yg lain dah balik dah. tinggal la berapa kerat lepak2 xde buat apa. pastu ada budak jabatan mana tah ajak main netball suka2 n aku pun join.

masa main tu dah macam lawan betul2 ok. ada 2 team tapi campur2 jabatan lain2. aku jadi WD(sape penah main netball tau la kedudukan aku ni). anyway, boleh x pairing aku yg jadi WA tu budak sukan. x ke haru tu. budak tu pulak jenis aktif giler. tetiba die kat sini, pastu jap kesana. naik pancit aku kejar die. dlm kejar2 tu yg terpeleot kaki kanan aku.

masa kena tu x rasa lagi. masa dah sampai rumah baru rasa macam apesal kaki kanan aku rasa pelik. rasa kebas. so aku pun suka ati je urut sendiri. mula2 cam ok pastu mula la bengkak buku lali aku. die punye sakit tu xleh cerita ok. kaki langsung xleh pijak. dah satu keje aku merangkak dalam rumah. Al lak keje. dgn Ari sikit2 nangis, dgn Nia menggedik nak itu ini. naik pening aku.

pastu nak kena urut la kan. sebelum gi urut kena gi amik mc dulu sbb patutnye jumaat sabtu aku keje. nak drive xleh so nak xnak kena la mintak tolong Kak M bawakkan. nasib baik die ok je. terima kasih kak!

masa gi klinik tu boleh x Ari xnak dgn Kak M. nak berkepit dgn mama die je. aku dah la jalan terhincut2. dgn nak dukung die lagi. nasib baik Nia x mintak dukung gak. kalau x mau kena penyepak dgn aku. x nampak agaknye mama die sakit. huishhh garangnye mama Nia ni. hehehe

anyway, dapat la mc dua hari campur dgn off day kira 4 hari cuti la. ni baru naik keje. kaki aku macam dah ok la tapi member aku kata bengkak lagi. mungkin sbb aku urut lambat kot. yela masa kena tu dah malam so ari jumaat pagi baru aku gi urut. sbb tu lambat baik kot. dah la petang ni ada lawan lagi. macam nak turun tapi diorg dah warning dah x bagi aku main. huhuhuhu macam x best je duduk tepi tgk org main bola. saya pun nak main gakkkkk......





p/s : kata suami jangan di bantah walaupun dlm hati meronta2 nak main bola. huhuhuhu