I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, December 30, 2012

One hell of a week

sejak balik holiday ari tu aku senyap je kan. eh xtau ek aku gi holiday?

yep gi holiday lagi dgn in-laws ke Cameron. aah macam dah xde tempat lain kan. nak buat camne dah diorg suka. aku tag along jek.

anyway sejak balik tu aku terus jatuh sakit. like sakit giler2 punya. mula2 sakit badan je pastu jadi demam lak. siap gigil2 semua. sampai aku terpaksa gi berurut. tu pun still x baik lagi. sbb aku demam selesema lak. berjangkit dgn Nia la sape lagi. die selesema je. mama die terus demam siap berbungkus lagi.

ari ni aku keje sbb dah lama sangat mc. pastu nak siapkan penilaian akhir tahun lagi. aku sebenarnya dah siap dah tapi cam x sure je nak submit. nak kena consult dgn bos aku dulu kot. yela mana tau aku ada tertinggal apa2 ke kan. dah la buat benda ni setahun sekali je. takut gak kalau silap x ke naya markah aku nanti.

owh cakap pasal aku mc tu kan ramai yg cam x caya je aku ni sakit. sampai ada yg cakap aku buat2 sakit. kebetulan masa aku mc tu ramai yg cuti. pastu kat ofis yg keje ada berapa kerat je. mungkin sbb tu diorg marah kot. tapi kalau korg betul2 kenal aku, aku ni bukan jenis suka mc. memang la kadang2 ada rasa malas sangat nak keje tapi xde la sampai beli mc. ingat aku xde keje lain ke?

well maybe salah aku gak kot. yela mc minggu ni je sampai 3 hari. isnin dan rabu mc. kalau ikutkan ari kamis pun mc tapi aku x pakai pun. sbb masa tu dah rasa sihat. tup2 semalam mc lagi. tu pun nasib baik doc x suruh aku masuk hospital. eeeii sebut hospital pun aku xnak tau. ingat best ke duduk dalam tu. macam kena kurung je. atau aku memang patut masuk kot. biar diorg percaya yg aku ni sakit.

tah la. kadang2 aku x paham apa pemikiran diorg. padahal diorg dah tau dah keadaan aku yg senang sakit ni tapi still nak kutuk2 belakang. kalau x puas hati cakap la depan2 kan senang. pagi tadi pun kalau ikutkan aku x sihat gak tapi aku kuatkan gak badan ni. malas nak melayan sakit sangat. kang di layan melebih2 lak die.

aku kalau boleh nak sihat je sentiasa. xnak sakit2 ni. korg ingat best sangat ke sakit2 ni? buat apa pun x boleh tau. tapi nak buat camne. org kata semua ni ada hikmah nya. hopefully apa yg di rancang-Nya itulah yg terbaik buat ku. Amiiinnnn......









Wednesday, December 19, 2012

Rasukan sangat....

hari ni ada lunch date dgn Kak Sri. makan kat Aeon Taman U. ingatkan nak order lunch set tapi macam x menyelerakan pun so aku order Aglio Olio ke apa tah. x ingat lak nama betul die n minum hot lemon tea. Kak Sri x order apa2. dah kenyang katanya. xtau la betul ke x tu.

anyway, masa sampai je hidangan aku tu, aku dah rasa pelik sesangat. cam eh camni ke rupa die? sbb aku slalu baca kat blog ramai cakap benda ni sedap (nampak sangat mudah terpengaruh aku ni. hehehe)

so aku makan sikit. ok nape rasa pun pelik. hidangan ni macam spageti goreng berlada pastu ada udang n sotong sikit. masalah nya aku xde rasa apa2. masin pun xde. tawar je. pastu spageti keras. rasa cam makan tepung. udang rasa kosong. cam mentah pun ada. serius!





ni gambar kat website diorg.....appetizing much?



aku ni biasa la kalau makan memang suka komen. tapi biasa nya aku boleh gak la habiskan sbb membazir kot. dah la mahal. masalah nya memang melampau punya x sedap. aku siap letak sos cili n tomato dan jugak sikit air teh lemon aku tu untuk tambah kan rasa die. yes, that BAD. but still x sedap.

akhirnya aku cuma makan separuh je. tu pun bila ingat balik rasa udang tu aku rasa nak muntah. Kak Sri langsung xnak rasa. die kata tengok rupa pun langsung x menyelerakan lagi la nak makan.






ini lebih kurang apa yg aku dapat. tapi lagi teruk kot rupa die. gambar dari google



aku x amik gambar pun. x teringat kot. owh masa nak bayar tu aku sorg2. Kak Sri gi kedai sebelah tengok barang apa tah. yg attend aku tu staf. aku hulur duit pastu aku cakap kat die

"tolong bagitau tukang masak awak tu spageti yg saya makan tadi langsung x sedap. spageti keras"


staf tu macam terkebil2 mata cam x percaya aku cakap camtu. pastu kebetulan supervisor die lalu n terus take over. die amik duit aku pastu die tekan2 apa tah pastu die cakap

"maaf ye cik. order tadi tu saya kira cancel. sorry ye. "


so yeah i just paid for the hot lemon tea. spageti x sedap tu adalah free.

eh korg jangan ingat aku sengaja ye. aku pun xtau kenapa aku berani cakap camtu kat die. xtau la aku ke yg bercakap tadi atau aku sebenarnya telah di rasuk syaitonnnn......hahahaha

lagipun kalau sedap dapat makan free aku pun suka. masalah nye x sedap. jadi peringatn untuk diri sendiri
lain kali kat sini makan dessert jela.

hmmpphhhh







p/s : tetiba balik ofis tadi kepala aku cam pening melampau. penangan spageti x sedap punye pasal. haishhhh






Tuesday, December 18, 2012

Penat + tension = exhaustion

serius lately memang rasa penat sesangat. buat keje sikit penat. pastu mengadap keje pun penat. sekarang tengok org bergembira ari ni dapat gaji, aku dapat apa? dapat penat campur tension campur pening, pelik semua la.

kadang2 rasa cam org pentadbiran ni suka main2 kan perasaan org2 yg bawah ni. lagi2 yg jaga bahagian gaji la. terus xde mood nak bersuka ria. haishhhh

lately jugak aku xleh terlalu stress. automatik badan akan rasa sakit2 n pening2 sampai rasa cam nak pitam. kena stop pikir yg bukan2 la. aku ni suka fikir melebihi manusia biasa.

yela kita buat apa2 pun kena la fikir ke hadapan. pros n cons die. mana boleh main redah je. sekurang2 nya kita ada backup plan. tapi kalau fikir banyak sangat sampai x lalu makan memang melampau la kan.

hmm need to relaks a bit. but i can't! sbb benda x setel lagi. haiiiii la....

rasa cam nak cepat2 ke bulan depan je. i don't like all this uncertainty. it makes me sick. urghhhh.....





selingan.......

gambar Nia. masa ni tanda2 nak kena chicken pox dah keluar kat dahi.





boleh die duduk diam2 tunggu mama die amik pic. bagus anak mama ni.

owh tu headband angry bird kepunyaan SIL, Ain. memang giler angry bird budak tu. apa yg best sangat xtau la.





ok dah sejuk sikit. kalau dapat makan abc lagi best ni.









Tuesday, December 11, 2012

Bunyi rusa?

ari jumaat lepas kan bawak Nia gi klinik. balik je dari klinik saje la singgah taman rusa. ala bukan jauh pun. saje nak gembirakan budak kecik yg tgh sakit tu.











serius aku x ajar pun. die yg pandai2 sendiri. tapi aku pun xtau bunyi rusa tu camne.

hmmmm cam xde bunyi je. hahahahaha

owh korg perasan x ada chicken pox sebiji kat hidung Nia? memang besar kan? so aku memang harap harap harappppp sangat yg ia xkan berparut. am crossing fingers.





p/s : bila tgk gambar konvo Ai, rasa jeles sbb aku n family xde kat situ. huhuhu.....




Monday, December 10, 2012

Tompok-tompok putih

haiiiiii semua.....

sorila lama x update. sebenarnya xde benda nak cerita. weekend pun just lepak kat rumah melayan si kecik tu la. owh Nia kena chicken pox. berjangkit dari budak kat tempat pengasuh.

masa ari jumaat tu aku perasan cam ada bekas cam kena gigit nyamuk kat hidung die. aku ingatkan betul la kena gigit nyamuk skali tgk kat badan die pun ada. rupa2 nye chicken pox. so petang tu gak gi klinik.

ari sabtu lak mak datang bawak daun semambu(betul ke nama die ek?). mak suruh aku tumbuk daun tu sampai lumat. pastu air die campur dgn bedak sejuk n sapu kat chicken pox kat badan Nia. mak kata daun semambu ni boleh menyejukkan badan. budak kecik tu dah macam budak hutan lak dgn tompk2 hijau putih kat bdan die. hahahaha

owh gambar x sempat amik lak. kata asyik melayan Nia je kan.

tadi nampak chicken pox tu cam dah kecut je. hopefully xde parut la ye. lagi2 yg kat hidung Nia tu. hehehe







p/s : tido salah bantal semalam. sampai hari ni bahu ku sakit. adehhhhh......







Monday, December 3, 2012

Legoland oh legoland

aku x ingat bila tah akak ajak aku n Nia gi Legoland. owh masa tu besday sultan Johor kot. jatuh nya hari khamis. kami pegi berempat je. akak, BIL, aku n Ai. Nia mesti la kena ikut kan. ye cerita dah basi. xpela. yg penting update kan. ;P

kononnya nak gi awal la tapi last2 sampai dekat kol 11 kot. kitorg pakai annual pass. so kejap je dah dapat masuk. masuk je xde arah tuju. tgk semua games pun ramai org jadi kami pusing2 kat area yg ada monumen dlm bentuk lego tu. masa nak amik gambar tetiba kamera aku buat hal lak. so banyak gambar pakai kamera akak. hehehe

dah la tempat tu besar. dari point A ke point B jauh ok. pastu panas giler. owh Nia memang aku dukung jela. nak suruh die jalan die memang malas lagipun cepat sikit kitorg sampai. dah penat2 pusing2 kitorg rehat jap layankan Nia main kat playground.



suka die duduk dalam tu. =)







cute x? hahahaha




lepas tu kitorg gi tgk movie Spellbender 4D. bagi aku kira ok la untuk budak2. ada rasa air2 sket. Nia takut dalam tu. bunyi kuat sangat pastu ada angin, die takut kot. hahaha

lepas tu kami pegi kawasan castle ke apa tah. tapi kira tema die istana lama la. situ ada roller coaster. so kami naik tapi bergilir la. sbb nak kena jaga Nia kan.






masa tengah beratur. nak amik gambar diri sendiri malu amik gambar benda ni pun jadi la.

roller coster ni pendek je. ko x sempat nak semput sakit dada apa semua tetiba dah sampai bawah. jadi x hairan la kalau budak2 pun boleh naik benda ni.  gambar roller coaster xde. habis dah naik sorg. ye diorg naik dulu. tinggal la aku keseorangan. sampai bawah Nia macam dah cranky jadi kitorg pun decide nak balik je.

owh kat dlm Legoland makanan mahal gilos. ko bayangkan air teh heaven n earth yg biasa rm2.50 tu jadi rm5. aiskrim 1 skup rm7. ni bukan aiskrim Baskin Robbins ye. ni aiskrim walls yg ko biasa beli 1 liter rm10 tu. ye begitu mahal sekali. jadi kalau agak2 nak jimat, sila makan dulu di rumah. atau korg boleh je makan kat Medini Mall.

sebelum masuk Legoland tu kan macam ada kedai2. tu kira area Medini Mall la. sini harga die cam biasa je. owh Coolblog n KFC pun ada.

kami masuk x sampai 2 jam pun. xpela next next year kan ada. tunggu pokok besar sikit la baru aku gi lagi. sejuk sikit. sikit la. hahahaha





p/s : so many things to be done but happy. =)










Saturday, December 1, 2012

Best sangat ke durian crepe?

sekarang ni tgh hot sangat durian crepe. macam pavlova la. sorg cakap semua pun cakap pasal pavlova. skrg durian crepe lak. aku mula2 dgr ingat macam yg crispy crepe tu rupa2 nya macam kuih je.

persoalan nya, sedap ke? sampai semua org dok bercakap je pasal benda ni. so semalam aku balik rumah mak n kebetulan akak ada beli la durian crepe ni. kawan die yg buat n jual.

rasa die? sama je macam durian kot. ada rasa creamy pastu rasa durian. macam aiskrim durian pun ada. tu mak aku yg cakap la. aku rasa biasa je kot. rasa durian.




 pic ehsan google



habis tu korg nak aku cakap apa? aku ni bukan minat sangat makanan berasaskan durian. so bagi aku makan durian lagi best kot. kalau korg rasa nak cuba, cuba la. aku dah try korg bila lagi? ceh dah macam kempen lak aku ni.

owh cakap pasal durian crepe gak, ari tu kawan aku beli pastu letak kat peti ais kat pantry ofis. kebetulan pada masa yg sama gak ada org makan durian kat pantry. jadi satu ofis la bau durian. n x pasal2 kecoh sampai ke pegawai. ada sorg pegawai ni busybody gi cari mana asal datang bau durian tu n die sampai ke pantry.

die pun terjumpa la durian crepe member aku ni. padahal bukan bau benda tu yg kuat bau durian. tapi sebab diorg makan durian kat pantry x pasal2 durian crepe member aku ni jadi mangsa. lepas tu......aku ingatkan die nak marah kawan aku ke, buang durian crepe tu ke apa kan. skali die lak yg makan durian crepe tu. boleh?

memang dasar org xde perasaan kan? dah la kawan aku yg beli tu ngandung. kesian kawan aku. semua kerana durian crepe. haishhhhh.....






p/s : ngantuk nye......