I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Saturday, June 30, 2012

Happy Saturday!

ye, aku ari sabtu pun keje. pfffttttt.....

well anyway untuk menyedapkan hati, mari la kita main tenet sampai pengsan.

owh tadi godek2 terjumpa la page edit gambar di sini. so aku pun try.






cantik x? cakap la cantik. hehehe

ok la. nak sambung godek2 benda alah ni lagi. bye =))




Wednesday, June 27, 2012

Kusut lagi!

buat masa ni kepala aku memang kusut sesangat.

minggu depan keje malam seminggu.

xde org nak tukar shift dgn aku.

xde org nak jaga Nia.

dan kawan2 yg bertukar unit sedang berkemas barang.

Kak Sri lost-in-action. maybe tengah belajar di tempat baru beliau.

memang pemandangan yg sangat INDAH.

xde mood nak keje.

bye!






Monday, June 25, 2012

Ofis dah huru-hara

saje nak mengkhabarkan yg ofis aku dalam fasa rombakan.

so x pasal2 jadual dah bertukar2 n org pun bertukar.
sekrang ketua unit dah lain, ketua kumpulan pun lain, ahli pun dah bertukar.
dan x pasal2 jugak kawan baik aku, that is Kak Sri dah bertukar unit.

well great for her la sbb dapat keje 8-5 but still.....xde la peneman aku gi breakfast or bergossip. mesti die bz giler lepas ni kan. sob sob sob....

lepas tu x pasal2 je bulan depan aku kena keje shift malam 2 minggu. arghhhhhhhh!!!!!!

satu keje lak aku nak cari org nak tukar.
cari org nak jaga Nia lagi.

serabut kepala otak.

korang baca ni pun dah tau kan kekusutan kepala aku nih.


baik la. xnak pikir dah.

nak main game jap la.

daaaaa.......


 


p/s : sedang memantau. kalau xde progress, terpaksa buat pilihan itu. sangat tidak suka. =(



Friday, June 22, 2012

Friday I'm in love

hahaha saje je amik tajuk drama buat title entry. sbb memang susah sesangat nak bagi tajuk. so lantak la yek.

xde apa nak cerita pun just nak buat menaip merepek2 kat sini. ala macam x biasa.

sebenarnya aku cuti 2 ari. so ari ni masuk je keje terus ari jumaat. esok dah hari minggu kan. sangat gumbira. slalu kan masuk keje ari isnin. lagi nak mengadap 4 hari keje selepas tu mesti la jadi moody monday kan. so bila masuk keje ari jumaat terus in love. sbb tu friday i'm in love. dalam kata lain....hati berbunga2 esok x keje. hehehehe

eh benda camtu pun nak explain panjang2 kan...hahahahaha *ketuk kepala sendiri

anyway, aku cuti bukan sbb pegi holiday ke apa. sbb Nia demam. xde la teruk mana pun. tapi die tu kalau sakit xde sikit2. terus demam panas. macam mama die jugak.

owh pagi tadi macam dah kebah. so aku pun siap2 la nak gi keje. tengah cuci muka... kat sinki dapur je pun, tengok2 si budak kecik ni dah merangkak ke arah aku. nak ikut..... pastu bila aku sarung tudung, Nia dah senyum2. ingat aku nak ajak gi jalan la tu. hai la anak....dah pandai anak mama nih.... =))




Nia umur 3 hari

dulu Nia kecik je sampai semua org pun takut nak dukung Nia. dah besar dah anak mama ni. 
love u sayang!




p/s : mama rindu Nia.sob sob sob......




Monday, June 18, 2012

My view on life....and myself

someone told me sometime ago that I have a cute face, but no smile.

as time goes by, my face lit up. little by little. maybe because in that time span, my life changes. n my view automatically changes. i grew a lot. more than i think that i can...... i think.

i'm not the so called naive person n blur person anymore. i'm more rational n stable.

changes in me had people saw the real me. they say i smile more. make funny jokes more. i talk more n mingle. maybe....... because i'm happy now.

i've grown. from a teenager, into a woman.

now i'm a wife, a mother and a lover to my husband.

i just don't understand if someone would like to jeopardise their life, their family for something that is uncertain. i don't know. it's just......not right. but...it's their lives. maybe they are happy like that? hmmmm....

what i want to say is....ppl changes. either it's from good to bad or vice versa. but the changes in life makes us who we are now. and the person who is with you along the transition makes the changes n the experience even sweeter.



there is no words that can describe what i feel about u.
coz what i know is
you n me,
we are one.  =)





p/s : di pagi isnin tetiba post entry lovey2 lak. malu nye.....(lari2 pastu sorok bawah meja.)




Friday, June 15, 2012

Am I Fat?

mungkin soalan macam x relevan bagi korang tapi bagi aku memang ye sesangat. sbb....ada org cakap tahniah pada aku. tahniah sbb konon nye aku mengandung. tapi obviously memang TIDAK!

aku tau la badan aku kan. dan....aku dah cek sebelum ni. memang x pregnant. ke aku perlu recheck?

argggghhhhhhh!!!!! stress tau x.....tetiba awan hitam datang n keliling aku. mode: murung sesangat......






p/s : nak kena buat sit up or apa2 senaman la. =((

p/s : semalam aku ada save entry dalam draft tapi ari ni langsung xleh tgk post2 yg lepas ke draft ke. semua kosong. blogger ni biol la. herggghhhhh....





Monday, June 11, 2012

Main catur dan weddings

tadi sampai2 je ofis nampak ada benda warna emas atas meja. aku ingatkan apa la. rupa2 nye medal ari tu. memang rasa nak gelak sesangat. yg kawan aku bengang je sbb aku dapat medal. emas lak tu.





sori la kalau pic blur. ofis ni over bercahaya lak. susah nak ari angle yg best.



alkisah nye awal bulan ari tu ofismate aku sibuk la mencari org nak main chess. aku pun pikir ala main chess je kan. apa yg susah nye. so sabtu lepas kitorg lawan chess antara jabatan. aku dah tentu la lawan antara perempuan je. perempuan pun x ramai. 12 org je. sekali hamik ko. aku dapat no 1st.......dari belakang. hahahahahaha


aku dah rasa cam loser sesangat. yela, kata lawan biasa2 je sekali yg masuk tu semua wakil company okeh. aku ni dah la tahap skola rendah lawan org yg genius giler main chess. haihhhh....

tapi dapat medal gak.

sbb apa? sbb ada kategori berkumpulan. so di sebabkan ofismate aku yg lain pandai main chess, aku pun tumpang sekaki. ofismate aku yg laki bengang je kan. sbb diorg x terer cam dak pompuan....girls rule!! tetiba...hehehe

xpela. yg penting dapat medal, markah aktiviti aku pun banyak dannnnn......tahun depan aku x nak masuk lagi dah. buat malu je. lagipun kena banyak pikir la. stress tau x.

owh lepas je stress2 tu, aku teman mak gi kenduri kawin. ok la wedding nye. wedding schoolmate aku. malas nak amik pic. tapi makanan sedap. sbb nasi ayam. lain dari yg lain kan. esoknye teman mak lagi gi wedding. kali ni kat JB rumah besan jiran aku. kitorg sampai awal sbb jiran aku tu tempah kuih dengan mak.

sampai2 je tolong die potong kuih tu sambil lepak2 kat rumah die. skali cucu die meragam xnak gi wedding. yg Nia nampak 'kawan' terus nak ajak main. yg cucu jiran aku tu lak x mesra alam. Nia baru je merangkak nak dekat, budak tu terus lari gi dapur sambil jerit 'xnak....xnak......tok ma, xnak die ikut'.

baik la. anak aku ni memang peramah sangat macam papa die. huhuhuhu

owh memang xde gambar apa2. sbb kami datang awal. xde menda yg nak amik pic ke apa. eh tapi masa tu kan ada sorg makcik tu, nampak aku dukung Nia. boleh die cakap

"anak ke tu? muda2 dah ada anak kan."

er makcik, saya nampak muda ke?
tetiba rasa cam remaja lagi lak. hik hik hik... (ketawa gedik. sila lempang)





p/s : tadi main dgn anak ofismate aku. tetiba rindu Nia lak. baru masuk keje dah x sabar nak balik huhuhu   =(




Friday, June 8, 2012

It's Friday.....yeah!

bila hari jumaat je suka. sbb esok lusa cuti. cuba kalau ari isnin. mesti gloomy je. hehehehe

sebenarnya aku xtau nak cerita apa. saje je nak melalut kat sini. dah memang xde keje kan.

owh ari ni last day Nia di hantar ke rumah pengasuh lain. sbb yg sebelum ni balik kampung seminggu terpaksa hantar tempat org lain. tapi Nia suka je. x nangis pun. bagus budak ni. walaupun kadang2 risau jugak kalau die buat perangai ke apa. tapi so far memang xde.cuma bila nampak aku je terus gedik mintak dukung. siap air mata berlinangan lagi. dramatik sungguh kamu nih.

so kalau pengasuh Nia yg sekrang ni balik kampung lagi, boleh la hantar kat rumah makcik yg lagi satu ni. eventho die charge per day n mahal sikit. tapi ok la kot. ala spend bebanyak kat barang sendiri boleh, xkan untuk anak x boleh kan.

cerita2 pasal Nia ni, tetiba rindu kat die lak.

owh dan lapar jugak. minggu ni giliran aku jaga ofis masa rehat ari jumaat. pagi tadi sarapan lontong tapi pagi kot. kol 9. sekarang dah lapar dah. cuma sempat alas perut dgn waffle sekeping je tadi. lagi 2 jam baru dapat makan. hai laaaaaa......

untuk menghilangkan rasa lapar, aku post gambar Nia k. sekarang makin ligat n menggeramkan. rasa cam nak makan ini budak.





 Addin n Nia berpegangan tangan....hihihihi comel je kan. gambar masa Addin datang JB 2 minggu lepas.




lepas tu bosan terus gi tempat lain tinggalkan Addin.







xleh duduk diam. sibuk nak main handbag mama.....




suruh buat muka comel...Nia senyum sampai ke telinga terus...hahahahaha







p/s : urgghhhh lama nye waktu berjalan. lapo....nak makan....nak balik....nak jumpa Nia. tetiba rindu lak.


Tuesday, June 5, 2012

Weekend with family di Tanjung Piai

2 minggu lepas, perghhh lama giler punye cerita baru nak update ek. org lain dah update aku baru terkedek2 nak update...hahahaha ok2 sambung cerita. so masa tu lepak rumah mak. ala selalu tiap2 hujung minggu pun memang lepak rumah mak. tapi kali ni lain sikit sbb...... abang aku, SIL n nephew turun JB!!!! wahh excited nye excited nye. (ulang 2 kali sbb nak menunjukkan rasa excited yg terlebih).

diorg sampai JB ari jumaat. so kasi diorg rehat dulu. esoknye kami plan nak ke Taman Negara Tanjung Piai.

kitorg ni x penah gi Tanjung Piai. nama je duduk dekat2 Pontian tapi x penah nak jejak ke sana. so 4 the 1st time la ni kitorg ke sana. pagi tu mak n akak dah prepare breakfast n bekalan kitorg untuk ke sana. konon boleh la berpiknik sekali kan. boleh x bekalan tu kitorg tertinggal kat rumah. yg mak ingatkan aku yg bawak bekalan tu. yg akak ingatkan abang n SIL bawak. yg abang ingatkan mak bawak.

baiklah, kami sampai sana dalam keadaan kelaparan. dah la Tanjung Piai tu jauhhhhhhhh sesangat. ada la dekat 2 jam baru sampai. dah macam balik kampung dah. dengan jalan yg berlubang sana sini. memang terbaekkkk...

okla xnak bebel banyak, sila lihat gambar.





pemandangan memang indah sesangat. tapi aku xde mood sbb nak terkenc'. kat sana ada toilet tapi air xde. boleh? hampir aku terjun ke laut. nasib kesabaran masih tinggi. hmmmppphhhh






sesi bonding antara sepupu. tapi Addin ni memang susah nak senyum. diorg ni dah macam Upin Ipin dah aku tengok. hahahaha





sangat sukakan gambar ni. masa tu lupa buka flash. xpela. moment yg di capture tu yg penting. =))

owh Al n BIL memang x ikut sbb mereka kuat keje. bagus kan mereka ni. =)

ari ahad lak kami balik BP sbb cousin aku tunang. tapi satu gambar die pun aku xde. agak hampeh disitu kan. huhuhu rasa x puas je main dgn Addin. yg Nia bila aku pegang Addin je, die pun sibuk nak mengendeng kat aku. jeles la tu. abang n his family balik KL ari isnin tapi aku keje lak. so berpisah la kami kat situ. xpela, next time ada masa aku lak gi rumah abang okeh!




di sebabkan aku malas nak up 2 entry, mari la sambung ke cerita minggu lepas lak. ye, saya memang malas. hik3



minggu lepas aku, kononnye alang2 dah dekat2 dengan Melaka, kami nak la berjalan2 di sana. tapi hampa. sbb jem macam ke hapa tah. cuti sekolah semua org nak bercuti. jadi kami menghabiskan masa di jalanan jela. x dapat nak ke majlis perkahwinan Miza kat Muar. sempat kirim hadiah je.


Nia dalam kereta. memang x reti duduk diam. memanjat je keje nye.



ahad nye kami ke kenduri kawin si Anip dan pasangan nye Zidni. diorg ni dah kapel lama. dari form 2 kot. lama x lama la kan. jodoh diorg memang kuat sbb akhirnye diorg ke pelamin gak.



Anip, Nia dan Zidni. bagi Zidni pegang Nia lama sikit. amik berkat katanye. hehehehe



buat Miza dan pasangannye Hilmi 

dan Anip dan pasangannye Zidni,

selamat pengantin baru. moga kekal bahagia hingga hujung nyawa. =))







p/s : lama sangat bercuti. macam malas je nak keje ari ni. bukan ko memang malas hari2 ke D? hahahahahaha