I love all things around me especially you, you and you coz we must treasure them before they are gone

click me!

Sunday, August 29, 2010

Menu buka puasa di rumah

dah 2 hari x update. tah la. xde mood. lagi dgn kepala aku yg pening je dari semalam. mybe the weather la. it got on me. x pasal2 terkeluar api naga semalam. i'm so sorry.

owh di sebabkan aku xde apa nak update n kepala pun masih ting tong, aku letak gambar juadah berbuka ari jumaat lepas.



nasi goreng kampung. aku yang masak tau. still hot in the pan. mak kata sedap terlampau. wahhh kembang montot jap. hehehehehe



kerabu mangga. dah tinggal sikit baru teringat nak snap pic. sedap giler ok. beli dgn kawan mak aku. die org siam. mmg terer masak kerabu. =)




kuih-muih. mak yg buat. mak aku kan jual kat bazar ramadan. ni yg lebihan x habis jual. kuih cara, karipap n kuih tako. masa amik pic ni mak sibuk nak masuk pic skali. walaupun tangan je. pfffhhttt.....giler glemer la makcik ni. konon nak promote kuih die la tu. suruh buat blog xnak.




cucur udang. ni menu ari selasa. tetiba tekak terasa nak makan so aku buat la. sekali tebal lak. buruk bebenor ghupenye kan. huhuhu tapi mak cakap sedap. cuma rupa je fail. wahhh sudah semangat balik. xpe. lepas ni leh try buat lagi. go go chaiyok!













p/s : masa tulis entry ni tetiba headache aku hilang lak. teruja sbb ada gambar makanan kot. poyo giler k. lol

hati rasa agak kuciwa sbb walaupun aku keje gov dpt rm500, tapi duit tu akan habis x lama lagi. my golden fish (kereta kancil ku sayang) telah membuat hal. haissshhhhh..... balik keje t kena gi workshop la gamak nye. fly money fly.....fly.......*sambil tangan gapai2 nak tangkap balik duit yg nak terbang tu     =(








Thursday, August 26, 2010

Libresse

xde benda nak tulis. just nak cakap yg aku terima sample Libresse ni semalam.




jgn tanya aku apa2 tentang brg ni coz aku x cuba lagi pun. ni pun dapat sbb aku masuk website nye http://www.livelibresse.com.my/
aku kan suka brg free so aku cuba2 la isi. ni pun dah lama aku isi. dah sebulan lebih kot. kalau korg pun nak gak try, boleh la ke website diorg tu ye.













p/s: badan rasa amat x sihat hari ni tapi nak gi amik mc malas. xpela. tahan jela. =(

Sunday, August 22, 2010

Bufet Ramadan @ Banafe Village

so semalam aku telah menjadi driver cum PA kepada kakak aku. akak aku ada reunion ex schoolmate die kat Banafe village. kakak dok Batu Pahat so die xtau sgt jln kat jb so aku kena la hantar die. dah alang2 aku hantar kan, so die kena la belanja makan. hehehehe xdela. die segan. jadi aku telah menjadi peneman die malam tu. xnak la cerita pasal reunion diorg tu. bukan aku terlibat pun. jadi tukang amik pic je. huhuhuhu....saya sedih....sangaaaatttttt....kesian kan aku...

okla. aku nak cerita pasal tempat makan kami pada malam tu iaitu Banafe Village. nak mencari Banafe Village xde la susah sgt kalau korg tahu bangunan MAA. sbb Banafe Village terletak berdepan dengan bangunan MAA. aku tau pun dari sini. kat blog diorg ni banyak gak la buat review tempat2 best. korg patut baca blog diorg. ceh tetiba promo blog org lak. macam la kenal. tonyoh kepala sendiri. =P

kitorg makan kat Banafe Village tu amik bufet ramadan iaitu rm38 perperson. xde ++ ok. kalau budak2 aku xtau berapa hargaye sbb aku ni tag along je. sebagai p.a, aku mmg diberi makan free. hehehehe....okla. makanan yg aku n my sister makan ari tu ialah :



mee goreng mamak style, ayam pandan, paru goreng cili (terpedaya nak makan ni selepas baca post peej). mee goreng die mmg terbaik. sedap melampau weyh... ayam tu rasa cam ayam goreng je dan paru tu kureng cili n kurang pedas but still sedap la. .



nasi ayam hainan for my sis. aku ngap gak sikit. hehehe buat rasa. sedap jugak! =)




dessert kami : buah-buahan, sup cendawan for nasi ayam, strawberi roll, kek coklat (xtau nama die), samosa dan karipap. strawberi roll tu sedap giler. rasa nak tapau balik je. owh kek tu pun sedap walaupun rasa agak ganjil bak kata akak aku. mungkin over ingredients kot sbb masa makan tu ada rasa kismis, kacang sikit, pastu ada rasa kek coklat la. hehehe oh, luar nye pun ada coklat tau. yummy.... karipap n samosa rasa biasa je.



murtabak, sup krim cendawan with bread crumbs. sup tu ok. rasa cam dlm tv tu. hehehehe tapi bread crumbs tu ada rasa keras sikit. murtabak pun just ok je.



pelbagai salad dicampur dlm satu pinggan. black pepper sausage salad, veggies salad n rojak buah. semua pun sedap.



apa yg tinggal selepas sejam makan. tgk la pinggan akak aku tu. licin ok. tapi die makan tu jela. yg lain2 aku yg bedal. hehehehe.....sila jgn terpedaya dgn badan aku yg kurus ni. pinggan mee x masuk lak sbb dah di bawa pergi oleh waiter.

kitorg lepak situ sampai kol 9pm sbb mata si p.a ni dah mengantok. owh dlm menunggu akak aku n her friends borak2, aku sempat membedal 2 potong kek coklat Season. kek ni kawan die yg bawak. sedap nye....aku bukan makan sorg ler. aku makan dgn akak aku tapi die makan sipi2 je. hehehehe

Banafe Village ni kira ok la. makanan bufet nye ada western, chinese, arabic n melayu sikit. lauk pauk pun banyak cuma masakan melayu x banyak. ada la lauk2 untuk nasi dagang. yg goreng cam mee goreng xde. cuma ada yg aku makan tu jela. kuih-muih melayu pun x banyak. ada la dessert arab yg aku x reti nak makan. puding2, salad ada macam2 jenis. bagi yg suka masakan lebih kepada masakan arab, leh la makan kat sini. aku ni tekak melayu so pilihan yg aku nak makan pun x banyak. tapi lain org lain citarasa kan. mana la tahu korg nak try makan kat sini n suka lak kan. overall mmg sedap masakan kat situ. sampai aku pun x larat nak drive balik semalam. sengih manjang..... =)

owh lupa nak bagitau. kat situ gak ada di sediakan kemudahan surau. so xde la korg susah2 nak cari masjid tuk solat maghrib t. ok la. tu je review saya kali ini. kita berjumpa lagi di lain entry. saya D, mengucapkan assalammualaikum dan selamat berpuasa. eceehhhhh dah cam reporter lak. ehekssss... malu2 sorg2 *blush2









p/s : pagi2 lagi aku dah ke toilet. ni mesti overload makanan semalam ni. adeiiii....

Friday, August 20, 2010

Asyik gambar makanan je, aku bagi video lak ye

aku perasan bulan puasa ni banyak blog yg tunjuk gambar juadah berbuka puasa diorg. aku bukan x suka...aku sukkkkaaaaaaaaaaaaaaa sgt2 sampai terliur bila baca waktu tgh hari. aku pun ada post gak tapi rasanya ari ni x payah la ek. apa kata aku bagi sedutan filem jepun yg aku pernah tonton dulu.

cerita ni walaupun kelakar tapi boleh menjadi inspirasi. filem komedi bermesej. betul ke? apa2 la yek yg penting enjoy. so enjoy this clip okesss.....












p/s : yeay esok dah sabtu!  x larat dah nak buka puasa kat ofis lagi. sedih wey....owh ye. x sabar gak nak gi berbuka di tempat grand. hehehehe..... aku lak yg lebey. cik mawar, i'm coming! =)

Thursday, August 19, 2010

Korean Geo Lens


baru je terima barang ni tadi. bukan aku punye la. aku bukan minat pakai contact lens. pakai cermin mata pun bila memandu je. itu pun kadang2. ye, aku rabun tapi hati cerah bercahaya. eh, apa kaitan da.....

aku nak cerita pasal geo lens dari korea ni. aku rasa xde di jual kat kedai cermin mata biasa. kalau ada pun mungkin x banyak. geo lens ni aku order dari kawan aku yg kira ada buat deal dgn company korea. die ni ada business kat fb. kalau korg nak, leh add die. nama fb die Mumy Xette Nok. jgn tanye aku nape die letak nama fb die camtu. =P

gambar di ambil dari Mumy Xett Nok . ni model yg aku amik. lain2 jenis lagi banyak.

biasa korg beli lens paling lama tahan 3 bulan je kan pastu paling murah rm50 tapi harga lens yg aku beli ni hanya rm45 dan leh tahan sampai setahun. aku beli pun khas tuk Ai. mak la bayar. xde makne nye aku nak belanja die beli lens. aku pun x pakai. hmmmppphhh.....ni kalau si Adik tahu ni, mau die pun gatal nak. owh adik beradik aku semua pakai cermin mata except akak aku n aku. hei, pakai kejap2 x kira pakai k. hehehehe okla. tu je nak update. sape2 berminat leh la komen kat entry ni @ tulis kat shoutmix. kalau aku rajin aku tolong la ye. hehehehe

Wednesday, August 18, 2010

Akhirnya dapat jugak!

ari ni patutnye aku berbuka sorg2 di ofis. sayu pedih je hati. cam nak nangis. dulu penah gak buka pose sorg2 tapi tu 4 tahun lepas. masa aku duk rumah sewa n blaja kat kolej. masa tu hati kental. apa pun x pikir. dah la masa tu pintu rumah rosak xleh kunci. aku leh selamba badak je dok sorg2.

tadi bila pikir kena berbuka sorg2 rasa sedih melampau. so pikir2 baik aku makan kat luar je. tau makan apa? aku beli ni!



ari tu makan cam x puas r. tu yg sanggup ke jj bukit indah tu. tapi cam muak lak. yela aku beli semua perasa coklat. but still......heaven la. perut ni pun dah cam nak meletup sbb kenyang sgt. owh lupa nak bagitau. aku bukan makan ni jela. aku hentam nasi campur, bubur lambuk, kuih 2 biji. amacam? hahahaha tamak kan. cam x larat la nak drive balik. nak tido je rasa.

owh aku x makan sorg la. gila apa makan sorg2. di temani oleh tuttttt.....hahahaha saje xnak bagitau. xtau la esok camne lak. aku rindukan grup lama aku. grup yg sekarang ni x banyak cakap la. senyap je. x havoc langsung. pastu mcam x bekerjasama. bak kata wonderpets 'apa yg penting kerjasama'. dulu kalau buka puasa je mesti meja penuh dgn makanan. masing2 berkongsi apa yg di beli. sekarang ni masing2 buat hal sendiri. buka puasa kat rumah. tau la rumah aku jauh. huhuhu tetiba sedih lak. Di hari raya.....terkenang daku kepada si dia..... ok2. xnak mengarut dah. back to work!

Tuesday, August 17, 2010

Seafood best di Stulang

semalam balik je dari keje aku mengajak kawan aku teman berjalan2 cari pasal. misi adalah mencari tempat berbuka yg hebat. ceh cakap cam dlm mission impossible sgt je. untuk cik mawar, saya dah jumpa tempat tu ye. sgt grand dan agak menakutkan. aku ni bukan suka sgt makan kat tempat fancy2 ni sbb cam nak kena ada protokol. cara makan pun kena jaga. last aku makan tempat grand pun kat Eden Garden masa aku skola teknik dulu. tu pun anjuran persatuan apa tah ajak budak2 skola aku gi event diorg. ada la makan2 tapi aku rasa biasa je. xla rasa sedap sgt. biasa2 je. agaknye sbb budak2 skola je tu yg diorg masak ala kadar. ye ke? entah. aku ni time pose pun nak kutuk org. ok2. sori. hehehe

so selepas bersesak2 mencari tempat tersebut, kitorg pun berbuka kat luar jela. kat mana? di Restoran Sayam Rasa Mas. terletak kat area restoran depan Apartmen Tanjung Puteri. aku mmg biasa makan kat sini sbb seafood die mmg terbaik la. cuma semalam aku makan cam ada rasa tawar sikit. mungkin sbb puasa kot.




makanan yg kitorg order hari tu ialah sotong goreng tepung, tomyam, nasi putih untuk aku dan kawan aku lak nasi goreng, dan kerang bakar. pic ni color merah sbb lampu kat situ color merah. owh aku amik pic pakai hp kawan aku sbb hp aku bateri dah kong. ni pun aku amik kali ke 5 baru ok. dia ni saje mensabotaj usaha aku nak upload gambar dlm blog. die xtau yg blog ni nyawa aku tau. ceh ayat. x kira la. saya sayang blog saya. =)


ni gambar up close. xleh amik banyak2 nanti tuan punya hp marah.







kerang bakar kesukaan ku. first time makan ni masa celebrate besday mak tahun lepas. kebetulan masa tu bulan puasa gak. kitorg makan cam x cukup. yela order serving tuk 2 org makan tapi yg makan nye 6 org. Ai sorg je xde sbb die blaja kat Penang n x dapat balik masa tu.

aku pun biasa gak makan kat Restoran Sayam. restoran ni kat depan surau rumah flat stulang. kira dekat2 gak dgn Restoran Sayam Rasa Mas. aku xtau la sama ada diorg ni ada join venture ke apa sbb nama restoran lebih kurg kan tapi yg penting dua2 tempat pun mmg sedap. aku dah datang makan kat dua2 restoran ni sejak aku blaja kat kolej lagi cuma sekarang dah jarang la sebab jauh. harga? standard harga makan seafood la sedang2 je. x mahal sangat.

ok la. aku menunggu masuk waktu berbuka ni. hari ni berbuka kat ofis sbb aku keje shift malam. menu apa? esok la aku cerita k.



Monday, August 16, 2010

Buka puasa di Johnny's

so semalam aku xtau mak mimpi apa tah die mengajak aku buka puasa kat luar. bukan luar rumah pastu berkelah depan pintu rumah la tapi die nak belanja aku makan kat jj. malas nak masak katanya. aku ni malas nak klua. dgn jalan cam kura2 kau rasa amat menyampah bila org lalu lalang tepi kau macam speeding gitu. lain la kalau ada org nak dukung aku ke. best la jugak. hehehehe....gedik ah.

apa2 la yek. then dlm kol 5 gitu dah gerak. nak gi buka puasa je pun bukan nak gi mana2. lantak la. sampai je jj bukit indah xtau nak buat apa. merayap berdua dgn my mum cam dating laks....hehehe.... gi kat section clothes terus terpana I. gedik x? hahaha xla. aku nampak seluar slacks idaman hati ku dgn price yg amat mencuit hati. rm15! sgt teruja beb tapi pilih punya pilih xde saiz lak. waaaaaaa.......kisah sedih di hari ahad betul la. saiz paling kecik saiz s. paling besar XL. apakah? 'mengapa selalu aku yg mengalah.....' tetiba nyanyi lagu ni lak.

akibat bosan, aku pun ajak mak terus je ke restoran yg die teringin sgt belanja aku tu. restoran apa? Johnny's Restoran. restoran ni jual masakan stimbot ye kawan2. akhirnya jumpa gak restoran stimbot area jb.


aku order nasi ayam blakpepper. ayam? hahaha..... aku bantai makan. nasib baik perut x buat hal lepas tu. hehehe harga rm5.95





kitorg order set b (untuk 2 org makan) harga rm29.90++ . air aku iced lemon tea n mak lak fresh orange dan air suam. ngada2 nak dua air last2 air suam tu sikit pun die x minum. nampak x tray kecik2 warna merah tu? tu bahan2 stimbot. belum masukkan dlm stimmer lagi.





ini la hasil nye ye puan2. ceh macam rancangan masakan je. kuah die just sup ayam je. patutnye kuah tomyam tapi waiter dah salah letak malas lak nak tukar. lagi2 masa tu dah masuk waktu berbuka dah. owh stimbot ni ada dua kuah je iaitu sup ayam atau tomyam. sup ayam free tapi kalau nak kuah tomyam kena tambah rm10. apa jadah tah boleh nak beza2 harga lak. tapi sup ayam tu mmg x sedap. x rasa apa. tawar je. mangkuk kecik kat sebelah tu ialah sos cicah. eh cam klaka je. ala yg buat cicah tu. panggil sos cicah la kan kan kan.....

tau x nape aku malas nak amik gambar close up? sbb stim die banyak giler weh pastu hala ke arah muka aku je. dah la muka aku ni banyak jerawat mau bertambah bercucuk tanam lagi lak. nampak kan pic blurry je sbb stim la. lepas snap satu pic je terus aku tutup penutup nye. kitorg makan x habis pun. yela aku dah hentam makan nasi ayam pastu dgn nak mengejar solat maghrib lagi so end up x habis. xde la sedap mana pun. sos buat cicah pun x kick. baik aku buat sendiri je kat rumah. nasi ayam pun x best. nasi nye rasa cam pulut. jumlah semua rm48.90. berbaloi ke? entah. aku dah lapo aku hentam je.

balik tu singgah ke Big Apple. owh gambar xde ye sbb kitorg tapau je pastu mak masuk kereta je die terus ngap sebiji. x sempat aku nak snap gambar. aku yg tengah drive ni tergapai2 dapat bau je. tapi bila sampai rumah aku makan la dan rasa sgt heaven wey.....cam perghhh sedap nye. x manis sgt cam slalu. agaknye sbb gula dah naik harga kot. aduii.....aku tulis entry ni pun dah rasa terliur je. buka nanti nak beli lagi la. ok la. tu je. Peace!





p/s : lambat lagi ke nak berbuka. perut dah kriuk kriuk ni....adeiiiii.....

Friday, August 13, 2010

Preview The Last Airbender

Assalamualaikum

ceh tetiba bagi salam ek. so Isnin lepas aku berjaya gi tgk wayang.....yeay! ala aku kan jakun. sejak kena kuarantin ni ngidam macam2. rasa cam dah lama x tgk wayang. cerita last aku tgk apa yek? hmmm........x ingat la. ok2 aku nak cerita pasal movie The Last Airbender (TLA). mmg best giler cerita ni. kira berbaloi la kalau korg tgk. kebetulan lak aku mmg mengikuti siri kartun TLA tapi dgn tajuk yg berlainan la. siri kartun nye di panggil Avatar : The Legend of Aang. aku rasa tajuk movie tu di tukar sbb cerita Avatar oleh pengarah James Cameron dah guna nama tu dulu. tapi xpela asalkan aku tahu movie apa ni.



slalu aku tgk kartun Aang ni kat saluran tv Okto. ni siaran dari Singapore. ye kami org Jaybe mmg dapat siaran tv dari Singapore dan Indon tapi aku x minat sangat cerita Indon so end up tgk siaran Singapore jela. owh kartun ni jugak rasa nye ada di siarkan kat saluran tv9. ni versi yg dah di alih bahasa Melayu la. tapi x kira la dah alih bahasa ke x, aku still suka tgk kartun ni. versi kartun aku rasa dah habis kot so mungkin kalau korg nak tgk balik kena la cari kat internet. versi kartun nye watak Aang ni mmg kelakar dan kebudak-budakan. yela die baru umur 12 tahun kot tapi atas sbb tertentu, umur die yg sebenar ialah 112 tahun. nape leh jadi camtu? rahsia. hehehehe


movie nye berbeza dgn siri kartun sbb kena short cut cerita jadi dua jam. nasib baik pengarah nye M.Night Shyamalan buat filem bersiri gak. so movie yg aku tgk ari tu baru siri pertama iaitu Water. Aang perlu kuasai 4 elemen untuk menjadi Avatar. so dlm filem ni die baru berjaya kuasai 2 elemen iaitu Udara dan Air sahaja. filem yg aku tgk tu dlm format 3D so amat la menakjubkan scenery dlm filem ni. kau leh terasa masa Aang keluarkan kuasa die untuk melawan kejahatan. Aang ni dlm misi mencapai kedamaian yg dah lama terhapus kerana Puak Api. Aang di temani sidekick nya iaitu adik beradik Sokka dan Katara. Diorg ni dari puak Air. kalau korg nak tahu lebih lanjut tentang movie ni, sila la ke panggung yg berdekatan k.

Selamat berpuasa semua!







p/s : Al-Fatihah buat Allahyarhamah Puan Nagibah dan keluarga. moga rohnya di cucuri rahmat di bulan yg di berkati ini.

Thursday, August 12, 2010

Selamat Berpuasa Semua!!!!

hari ni mmg aku senang hati. sebab semalam dah cuti sempena awal Ramadan (Johor ada cuti ye) tapi bila terbaca emel di ofis ku yg kudus ni tetiba hati rasa panas. aku bukan jenis org yg suka marah x kena masa dan tempat tapi bila terkena camtu aku rasa cam xde motif di buat emel khas di ofis. bila ada yg bersembang yg bukan2 xde pula org menegur. sampai aku rasa semak. perlu ke hantar kepada semua org perbualan kau tu? aku xnak tahu pun kamu makan kuih raya apa.

tapi bila aku, (ye aku jarang nak guna emel ofis. lebih senang kalau jumpa terus) sila jgn perkotak katik kan. apa yg aku tulis adalah perlu atas nama tugas. kalau balasan emel tu semata2 utk menyindir, aku rasa x perlu. lebih baik bagi jalan penyelesaian. aku kan org baru. tapi aku nak ucap terima kasih juga pada org itu, kerana balasan emel itu terlalu berharga. dan oh ye, jgn harap aku nak tulis emel lagi. dan jgn salahkan aku bila ada yg mengutuk cara kerja pekerja sektor kita. kerana ada org seperti kamu la yg lebih suka merendah2 kan niat suci aku.

ok aku dah hilang marah pun. nak pergi makan x boleh lak sebab puasa. nak buat apa yek? owh ada buku bertimbun atas meja. mesti best kalau aku buat kerja aku kan. ye, aku cuba nak ceriakan mood bekerja. ada aku kisah korg cakap apa?

oppsss terlupa lak tujuan tulis entry ni.






aku nak ucapkan Selamat Berpuasa buat semua bloggers. harap2 bulan ini akan membawa keberkatan.







p/s : kan bulan puasa. so nak marah pun kena sedang2. tulis ayat mendayu2 tapi menusuk ke hati. sekadar luahan hati. sila abaikan aku yg 'baik' ini k. =)

Sunday, August 8, 2010

Kempunan spagetti bolognese punye pasal

tetiba mood apa tah semalam terasa nak makan spagetti bolognese. hmmmmm.....sedap tu...

so balik je keje ke kedai la apa lagi membeli bahan2. lagipun resipi spagetti tu menggunakan daging lembu sahaja. sangat bersesuaian dgn aku yg berpantang ni. ikan aku leh makan tapi x gemar sangat la. kalau makan daging saje di panggil karnivor dlm bahasa inggeris. dlm bahasa melayu panggil maging. so kalau aku makan daging lembu je panggil apa ek? magingbuuuu....ok x? eh, cam Majinbuu lak. ala watak kartun dragonball tu. hahahahahaha.....
apa? korg x pernah tgk kartun tu? ala yg dulu slalu iklan die ada cakap "Yang sebenarnye Dragonball ada tujuh biji semua nye" (dgn nada suara besar).
apa? xtau gak? lantak korg la yek.

so kuah nye aku siapkan malam tadi. then pagi ni bersungguh2 aku rebus spagetti lak. dan walla!!!





siap dgn senduk aku bawak gi ofis. hehehe ala t senang nak ceduk kan. kalau tinggalkan kat rumah pun bukan habis so better usung ke ofis. kat sini mmg banyak pirana yg sedia nak baham makanan. ;P
kuih hijau tu ialah kuih bakar pandan. mak aku yg buat. aku ni tang kuih-muih mmg kureng pandai sikit. tapi kuih tu mmg terbaik la. sedap wey. air tangan ibu mmg xleh lawan kan...




 ini la die spagetti bolognese Miss D. siap dgn minuman air teh hijau lagi. sikit ke aku makan? sila jgn terpedaya ok. ni adalah 2nd serving ye. lol
aku kan mmg buruk lantak. dah ngidam nak makan, bila dpt tu mesti nak makan berkali2. eheksss..... 
tgk gambar ni terasa nak makan lagi lak. ok 3rd round pulak lepas ni. yeay...






entry yg aku tulis pasal hantu tu agak menyeramkan aku sampai sekarang. dah la malam tadi dgr tapak kaki dari rumah atas. (rumah aku rumah flat) tapiiiiii......xkan la org tu jalan hentak kaki kuat sgt sampai aku leh dgr? rumah batu kot.....bukan rumah papan. x logik ok. pulak tu bunyi tu berulang alik atas kepala aku je. pastu siap ada bunyi guli. pekehal? waaaa.....takut tau. hopefully mlm ni xde la. mau aku pitam berkali2.






p/s : x sabar rasanye nak tunggu hari esok. nak melaram sakan. kamu......tunggu saya ye....!!!!!!!!

Saturday, August 7, 2010

Kisah Hantu yg susah nak di lupakan

sticky mode : plz scroll down for latest entry




ini adalah kisah benar yg berlaku pada aku.

insiden ni berlaku masa aku skola teknik form 4. aku dok dorm kat blok paling hujung, bangunan baru. dorm aku tingkat 3. sebelah dorm aku ni ada skola lain. skola biasa. belakang skola biasa tu hutan. tapi masa tu ada kerja2 pembinaan rumah.jarak antara dorm aku dgn skola di pisahkan oleh jalan ke tapak pembinaan tu saje.

aras 3 tu ada 3 dorm dan 2 bilik penyelia asrama. dorm aku terletak di tengah2 antara 2 dorm. dlm dorm ada 10 katil 2 tingkat. biasanye junior akan kena tido katil atas la. katil aku ni kat tgh2. sila rujuk gambarajah bawah.





kiri tu almari baju. merah tu tingkap yg menghadap skola biasa tu. kuning tu pintu masuk dorm. 'me' adalah kedudukan katil aku. sila ingat yg aku tido katil atas ye.

aku ni xtau la nape. sejak skola kat situ boleh dengar macam2 benda yg org lain xleh dengar pastu kalau bulu roma aku meremang je mesti ada benda yg x kena. aku masa junior mmg rajin studi mlm2. (banyak homework sebenarnye.) tapi paling lewat pun sampai 2.30pagi jela sbb kol 4.30 dah nak kena bangun sbb nak rebut bilik air. kalau x, x mandi la aku jawabnye.

so satu malam ni aku rasa semacam. jadi aku tido awal la. senior aku ada lagi yg stay up. aku tido cam biasa la. xtau masa tu kol berapa tah aku leh terbangun lak. aku jeling bawah. tgk semua org dah tido. tiba2 aku dgr suara sayup2 je. macam memanggil2 aku. aku ni leh tebiat apa tah leh terus bangun. 

aku rasa bulu roma tengkuk aku dah naik dah. aku kejutkan kawan aku. katil die bertentang dgn aku n mengadap tingkap. aku bisik kat die.
"Fiza (bukan nama sebenar) , kau dengar x bunyi tu"
die dgn mamai buka mata sikit n jawab nak xnk je. "bunyi apa? sambung tido jela. aku x dengar bunyi apa2 pun" pastu die sambung tido balik.

aku cam nak sambung tido balik tapi suara tu makin lama makin kuat. xtau mana dtg keberanian aku ni aku leh turun katil n jalan gi tingkap betul2 sebelah fiza.kebetulan tingkap tu terkuak sikit so aku leh nampak skola kat sebelah dorm aku. depan skola biasa ni ada sebatang pokok besar. dari celah2 ruang tingkap tu aku leh nampak ada benda putih tgh bertenggek kat atas dahan pokok tu. tiba2 suara yg aku dengar tadi makin lama makin kuat. sayup2 die memanggil nama "ayuuuuuuuuuu.........aaaaaaaaayuuuuuuuuu.............aaaaayuuuuuuuu......."

'benda' tu rambut nye mengurai panjang ke tanah dan matanye merah. itu je yg aku leh nampak. yg lain2 cam kabur. aku kelip2 mata aku. cam x pecaya je dgn apa yg aku nampak. aku dekatkan mata aku kat celah tingkap tapi masih kabur. tangan aku dah gatal nak buka tingkap tapi entah nape kaki aku cam xleh gerak. rasa menggigil. aku batalkan niat aku tu dan naik balik atas katil. aku tutup muka dgn selimut tapi suara tu masih ada.

giler seram ok. esok paginye aku tanye budak2 dorm aku ada dengar bunyi x. xde sorg pun yg dengar .



then masa form 5 pun aku kena lagi sampai la aku duduk balik dgn family n kerja pun dekat2 rumah baru la semua bunyi2 menyeramkan tu aku dah x dengar dah. sebenarnya masa form 5 aku kena lagi teruk dan lagi seram dari yg aku cerita ni tapi xnak cerita la yek sbb aku menaip ni pun amik masa. sbb ngeri n seram je bila ingat balik.



aku tagged Mawarbiru, Tutupmulut n Strawberry tuk buat entry macam ni.





p/s : aku buat entry ni sbb contest yg di buat oleh Raina. kalau x jgn harap la aku nak tulis. seram melampau ok.

Apa itu Apendicitus

rasa cam nak update ari ni tapi xtau nak update apa. otak aku dah beku sama dgn ofis aku. sejuk giler sampai nak taip pun tangan aku gigil2. ok tipu tapi still sejuk ler. nak pakai blazer malas. dah la kat luar mendung je. cam sesedap mata memandang la gitu. ewahhh....elak aku tido kat meja dgn mulut terbuka luas. huu mmg syok la mata2 yg memandang keayuan aku tido terbongkang ni ek. hehehehe

hmm apa kata aku update pasal kes aku di 'wad kan' ari tu. ok x?ok la. ni sambungan dari entry ini k.

isnin kan aku mc. sepanjang ari tu aku mmg ok so mak 'mendera' aku jadi driver die. cam biasa la mak berbelanja stok2 kuih die kat Kipmart then hantar Ai ke Larkin. si minah ni balik rumah bawak beg kecik tapi bila nak balik KL terus beg besar. entah brg apa yg die pack tah. aku cakap kat die baik bawak rumah dgn mak sekali kan senang. nanti mak leh tolong masak kan tuk ko. she just rolled her eyes! cetttt.....

then selasa aku stat keje dah. kebetulan aku shift malam. n mak xtau apa mood die tah xnak masak tapi beli sotong pastu suruh aku masak. hmm tau la aku dah mahir. tapi masak kicap jela. hahaha.... sebenarnye dari pagi perut aku cam x sedap je. asyik klua masuk toilet jek. ada la 5-6 kali tapi aku x layankan sgt. so aku masak siap2 then get ready nak gi keje la. on the way tu singgah klinik. ingatkan malas nak singgah just makan ubat cirit birit ke apa je senang kan. tapi aku leh x jumpa plak ubat dulu punye aku letak mana. dah la sakit malas aku nak selongkar bilik aku semua so ke klinik ler.

gi klinik ingatkan dapat ubat ke or mc lagi better kan skali surat refer hospital k. aku cam WHAT?!  mmg la aku ada surf tenet dan tgk simptom2 sakit aku ni x cam gastrik tapi apendicitus. kalau xtau apa tu klik sini.

but still.....takut wey. t org belah2 kau pastu kena dok hospital lak. sungguh benci. sbb ari tu lawat adik kat hospital pun aku rasa cam kena penjara tau. tapi betul la. takut tau. tapi aku still mengharap yg aku x perlu surgery.

Kawan aku temankan aku gi HSA. aku malas nak susahkan mak lagipun mak aku tu cepat gelabah. kang x pasal2 die lak yg kena masuk wad. so first gi klinik pesakit luar then doc tu bagi surat masuk wad. then ada la macam2 prosedur. aku ni dah cam bola dah. kejap diorg suruh gi sini, jap gi sana. kejap2 ada je doc dtg periksa aku. dah cam gangguan seksual tau. tapi xkan aku nak jerit2. bengong la ek. nampak sgt x pernah kena admit hospital. hehehe

first day mmg macam2 ujian diorg bagi. dari ujian air kencing, darah, CT Scan etc.... esok nye baru diorg decide nak bedah @ tak. tapi biasanye kalau kes ada ura2 apendiks, diorg tetap akan bedah sbb kalau apendiks ko pecah, kebarangkalian maut tu 50% k. so nak elak jadi camtu, end up aku kena belah. T_T

surgery x lama. just 2 hours kot. (ye aku ni biol sbb masa nak gi bilik bedah tu masih sempat sms kawan aku. so aku tau la aku masuk n klua surgery kol berapa. heheh ). sedar2 je aku rasa cam sakit giler babeng cam ada org tusuk2 perut aku dgn pisau. sampai menggigil badan aku. katil aku pun bergoyang skali. tapi aku rasa kalau org bersalin lagi sakit kot. isyh..... xtau la aku ti camne. seram memikirkan.

ok la. tu je yg aku nak tulis. eh, sikit nye? sikit apa nye dah berjela aku tulis ni lol

aku malas nak describe details sangat. blog aku ni kan tuk happy things je. kang korg seram terlampau sampai takut nak gi klinik @ hospital salah sape? akuuuuuu........jugak.
lagipun aku buat entry ni pun just nak bagitau nape aku senyap 2 minggu jek. kalau korg xnk tahu ada aku kisah.
ceh tetiba nak emo lak. ni lapo punye pasal la ni. dah stop la D. yela2. nak gi makan. bubye.










p/s : luka bedah aku tu x di jahit tapi di 'gam' je.

owh luka tu x besar mana pun. 2 inci je. ye, mak aku siap ukur pakai pita ukur menjahit. pfhhhhtttt.....
makan pun kena pantang. haissshhhhhh sampai aku lupa rasa ayam tu camne...belum lagi pantang lepas bersalin kan.....ish3

gambar aku kat hospital xde ye sbb tuan punye blog sakit so x kuasa nak snap2.
( sebenarnye muka buruk + cam org tgh berpantang lepas bersalin + wad aku kat tempat x strategik so xleh pose. elak hp kena baling nurse keluar tingkap je.)








eh? aku tercerita details lak ek? lantak korg la. biar korg ngeri....ngekk2

Friday, August 6, 2010

Dulu aku gilakan Linkin Park










minggu lepas masa aku lepak rumah tetiba boleh terbuka vcd Linkin Park Live In Texas. layan sampai lagu terakhir tu. vcd ni aku beli 5 tahun lepas kot. ori ok tapi kongsi dgn abg ler. aku masa tu form 4-5 mana la ada duit sgt. entah nape aku leh minat grup ni dulu. pastu tiap2 kali cuti mesti pagi2 buta dah buka kaset LP gak. ye, kaset die pun aku beli ori. bapak aku geram jerk. pagi2 rumah dah bergegar dgn lagu LP.lol
tapi sekrg diorg dah x menyengat la. nape ek?












p/s : perasan x yg sekrg seboleh2 nye aku nak update ari2. bukan apa dah cuti 2 minggu jadi excited nak menaip. masa aku kat wad ari tu siap mimpi tulis blog. punye la rindu kat blog aku ni. malu sey....hihihihi

Thursday, August 5, 2010

Jalan macam kura2, drive mcm pelesit

hari ni ada bacaan yassin kat ofis aku. lepas bacaan tu di sediakan la macam2 juadah. dah macam bazar ramadan aku tgk. aku ni dah la tgh berpantang. bila tgk macam2 makanan depan mata badan rasa menggigil pastu rasa nak lompat dan cakap hooreyyy!!! tapi otak aku mesti la center lagi kan. gila kau lepas baca yassin nak lompat2 lak. kang x pasal2 terkoyak balik jahitan luka tu. aku pun tenung jela makanan2 semua tu.

kawan2 aku dah amik 2-3 pinggan dah tapi aku masih x gerak2. aku bukan apa. xtau nak makan apa. yela aku nak kena fikir satu2 makanan ni ada x bahan2 yg melanggar pantang aku. tapi xde la lama mana. ada la 5 minit pastu aku tgk laksa johor tu macam menyelerakan dan aku fikir bahan kuah die buat dari ikan kan?

ok la tu. so aku pun amik pinggan n ceduk.
sambal belacan x amik, limau pun x. lagi nak makan apa ye.
oh tembikai. ok boleh.
eh, ada kek. boleh gak.
eh ada kuih cara. hmm amik la sebiji.
ok pinggan dah full. cari seating lak.
eh, kawan dah lambai2.
perjalanan nak ke kerusi tu aku rasa dah makan sejam sebab aku jalan cam kura2. yela org sakit kena la jalan pelan2. xkan nak guling2 cam tenggiling lak kan.

baru jela aku nak menyuap laksa, seorg kakak ni tegur aku. "boleh makan ke?"

apa ingat aku xde gigi ke nak kunyah makanan. tapi pikir2 balik aku kan sakit, mesti die tanya aku leh makan laksa ke x kan. tapi nape x cakap je "eh, awak leh makan laksa ke?" kan senang aku nak paham. aku tanye die balik.

"xleh ke? kuah die buat dari ikan je kan"
"eh xla. ada udang kering, belacan......bla bla bla"

ok aku dah terpana kat situ. habis tu nak suruh aku makan tembikai je ke? owh semua org makan sedap2 pastu aku makan buah je. ada la lagi akak tu borak dgn aku tapi aku jawab nak xnak jela. dah lapo malas nak melayan org sgt.

x berapa lama lepas makan tu tetiba kepala aku pening lak. rasa cam nak muntah. perut pun cam memulas jek. ada kena mengena ke semua ni berlaku????


tgk gambar ni rasa terliur lak. rasa cam nak makan lagi je. hehehe


apa2 la yek. semalam aku dpt duit hasil jualan Garage sale yg zaman bila tu. ala yg aku tulis ni.

ingatkan sampai ke tahun depan aku x dpt duit tu tup2 ada akak tu bagi aku envelope. dlm ada la rm11 je. RM11 je?!! baru aku angan2 nak beli dompet baru. hmm xpela. nama pun jualan amal kan. lagi pun mmg separuh duit tu diorg amik dan bagi badan kebajikan. tapi lama tu aku tunggu.lebih 7 bulan. kalau kawin dah ngandung 5 bulan tu. biasa la tu kalau deal dgn gov. nak kena approve banyak surat2 dan department baru la leh buat payment. dulu kawan mak aku sampai bungkus perniagaan sbb lambat sgt dpt bayaran. yela xkan asik nak klua duit sendiri je kan. eh dah melalut ke lain lak aku ni. hahahaha cam x biasa je. ok la. penat dah taip. Peace!








p/s : aku drive cam pelesit. jgn harap la aku nak bawak 40km/j melainkan kalau ada accident kat situ. mesti nak cecah 80km/j gak. sakit2 pun leh bawak laju tau. nak je aku drive dlm ofis. senang. xyah nak berjalan cam kura2.  =P







p/s/s : aku taip entry ni makan masa 2 jam sbb blogger cam @#%$&&. xleh nak upload gambar la, nak edit xleh la. sampai sakit perut aku dah ok dah. so maknanye kalau nak baik sakit perut kena geram kat blogger dulu ek? cadangan bernas. akan ingat bila sakit perut lagi. ;P

Wednesday, August 4, 2010

Meneman org shopping

ok ni entry masam yg aku rasa aku perlu buat sbb sekarang ni pun aku tgh stuck xtau nak tulis apa. so baik aku further je entry2 yg dah lama simpan tu kan.

ahad lepas aku balik keje part time, masa tu perut masih sakit. so aku fikir xpela gi singgah klinik jap walaupun masa tu mak dah mesej suruh balik cepat. haissshhh aku dah la x sihat lagi nak melayan mak shopping lak. kebetulan Ai balik minggu tu. ingat x yg aku gi laut dgn Al? patutnye tgh hari kitorg dah balik dah tapi di sebbkan nak kena menunggu cik Ai balik, terpaksa la stay sampai kol 6. tapi Ai sampai dlm kol 6.30 gitu. si Al dah menguap sakan. sian die. eh, aku nak cerita pasal teman mak shopping kan? hahaha lupa. ok sambung.

aku gi la klinik. nasib baik org x ramai. dapat la mc sehari untuk esok. balik rumah dgn kelaparannye mak n Ai dah ajak klua balik. tujuan asal aku xtau. perut aku still perit. ingatkan mak nak belanja makan dulu ke apa kan. boleh lah die singgah gi bank la apa2 la. oh aku x drive sbb sakit perut. lepas gi bank gi mydin lak. xde beli apa yg best pun. hari pun dah gelap so aku suggest kat mak cari surau je. terus menuju ke angsana la sbb situ je dekat. nak solat pun selesa dan boleh terus shopping.

dah selesai apa patut perut aku berbunyi2 lagu M. Nasir 'Tanya sama itu hud-hud' bergong2 bunyi. aku cakap kat mak, jom la makan. kitorg biasa kat angsana mmg lepak McD je la. so makan kat situ je. aku n Ai order burger baru tu GCB. sedap melampau kau. mak lak terpedaya dgn iklan KFC so mak tapau Toaster Pocket dan makan kat McD. xpe kan. ala restoran tu mmg bapak aku punye la. hahahaha




dua2 rasa mmg sedap. yela aku rasa gak mak punye. cuma cam pelik la diorg letak jagung dlm tu. pelik tapi sedap. aku rasa cam nak nak makan GCB lagi la. teringat minggu lepas gi makan McD dgn Al. die order GCB langsung x ajak aku pun. 5 minit je makan dah habis. mmg buruk lantak betul. ceh nak marah org lak padahal ko tu xleh makan ayam dan seafood. aku kena berpantang la kalau x luka jahit leh menanah. eh aku ada ckp luka ke? mana ada. ha... ha... ha.... ok gelak pura2. penat la. kan dah ckp pasal sakit tu aku cerita lain hari. okeh? =P

lepas melantak dan menelan ubat, terus bersemangat nak jalan2. ari tu aku ada cerita kat mak pasal satu kedai ni yg banyak jual brg english style. so mak sgt la teruja nak gi kedai tu. sampai2 je die dah melilau cari brg yg die nak. aku n Ai nak mengikut malas. yela sbb kejap mak ke kiri, kejap ke kanan. last2 aku tunggu mak depan pintu je. hehehe mak nak borong set makan tapi masa gi tu xde lak. xtau la dah habis stok @ kat situ mmg x jual dlm set. pastu mak nampak sudu comel2 bersusun je. die ingat nak rembat la tu skali tgk harga sebatang je dah rm5!!! (sudu panggil sebatang ke? entah aku main hentam je). so mak x jadi beli tapi die beli gak sarung kusyen n alas meja. pastu mak nak gi kedai lain. aku ckp kat mak aik kejapnye. ari tu beria2 nak dtg sini. terus mak bagi evil eye kau. hahahaha padan muka aku.

then jalan2 lagi. saje tgk2 baju kat butik2. tapi xde yg berkenan. tetiba mak teringat nak beli langsir lak. langsir lama dah bertahi lalat. so kitorg ke Kamdar la. sebelum tu ada gak gi kedai langsir yg lain tapi mahal nak mampus pastu servis pun x best.

masuk2 je dah ceria sebab ada macam2 pilihan.

 

aku baru ingat nak amik gambar lagi mak dah ke belakang dah. excited betul makcik ni. tgk la tu. konon tanye aku corak apa sesuai dgn semua color sbb mak nak combine dgn langsir lain. langsir yg die nak beli ni color putih tapi nak ada corak @ design tuk buat langsir background je. so aku ckp la design biar color emas @ cream so boleh blend dgn semua color. tgk celah mana die pegi? color hijau k. pfffhttt....


pastu aku bebel2 la kat mak pasal color semua n last2 mak beli yg design color emas. aku dgn Ai? sementara tunggu salesgirl kat situ potong langsir semua kitorg lepak sambil snap2 gambar. tgk la kasut Ai tu. kiut je. kalau aku pakai mmg ketat la. tgk la jari kaki aku tu. melebih had kau. kalau boleh potong dah lama aku buat. boleh pinjam kasut Ai. minah ni dah la koleksi kasut die melambak2. yg die pakai 2 pasang je. geram aku. eh tergeram lak. plastik beg yg aku pegang tu la hasil belian kat kedai English style. owh ye nama kedai tu Romantika. aku xtau la kedai tu jual murah ke x sbb x penah gi kedai style camtu kat tempat lain tapi kira affordable la. kalau x, xdela mak aku borong kan. owh barang aku xde. sbb aku sengkek. brg2 Ai lak kat kereta. die byk memborong kat Mydin. minah ni mmg perangai sama cam mak. kalau gi shopping mesti ada je brg die beli. padahal aku yg dah berkerjaya pun x cam die. ceh macam kerjaya aku best je. hahaha boleh la cukup makan. lagipun aku kan nak menyimpan. alamak terbebel pjg lak. gambar kat kedai Romantika xde sbb aku malas nak snap. so tu je aktiviti ari tu. bye Peace Out! =P






p/s : tadi ada rombongan budak2 skola dtg ofis. ada beberapa org main2 kat depan pintu. aku nak sepak sekor2 boleh x? memekak je tahu.

Tuesday, August 3, 2010

Lurve the tote!

serius malas nak update tapi di sebabkan ada org suruh aku update, aku update lagi. ditambah dgn kemalasan dan kesakitan yg belum pulih sepenuhnye ni menambahkan kebarangkalian aku xkan update kalau xde org push. dah la bertimbun entry aku terperam ni. elak busuk je.

ok2 straight to the point la yek. ingat x ari sebelum aku cuti panjang tu kan ari ahad tapi aku keje. ari sabtu tu aku gi mandi laut. aku nak cerita aku suka giler beg di bawah ni!





cantik x? sorila xde gambar close up. beg ni limited edition tau. hasil kerja KLOBOT. kalau nak tau lagi pasal diorg ni, baca sini . aku malas nak cerita lebih2. korg baca jela entry kakak aku tu dan tgk skali link yg die bagi k. owh ye aku rasa beg ni dah sold out. cuba korg usha2 blog diorg. mana tau ada lagi @ ada brg lain ke.

beg ni besar tau. sebenarnye aku xtau tote bag tu beg apa. skali dpt besar giler cam beg balik kampung. hahaha.....tu yg masa gi laut tu aku excited nak pakai. lagi2 la beg ni free. di beri oleh Cek Kam. suka sgt. lain kali bagi lagi ye....hehehehe semua brg aku sumbat dlm tu. dah letak macam2 pun still ada ruang lagi. ok aku melalut lagi. sebenarnye x sabar nak balik ni. sbb aku mc lagi. yes! esok pun nak mc lagi la. mc sampai ahad mesti best. hehehehe...



Aku kembali yeah!

aku sebenarnya cam malas nak update. penat la. tapi di sebabkan dah lebih 2 minggu aku menghilangkan diri, rasanye patut aku update kan? ye ke? eh, betul la. entah kepala aku cam senoneng ni. kalau dah lama x driving mmg camtu ek? rasa cam mabuk pun ada. ada org mabuk sbb bawak kereta ke? ok aku dah mula merapu meraban.

actually aku x gi mana pun. ada kat rumah lepak2 menghabiskan mc. aku cakap mc ek? owh er.... aku xde la sakit teruk pun cuma kena masuk wad, masuk air dan minor surgery sket. xla teruk mana pun kan.....hehehehe....owh ye. semalam mak memaksa aku menelan pati ikan haruan yg sgt hanyir tu. ergghhhhh terpaksa siot. rasa cam ergghhhh.....tapi habis gak sebotol aku telan. ada lagi 2 botol lagi menanti tu. esok kena minum lagi. adehhh....

 ni bukti aku minum sampai habis tau. tips nak bagi sedap ialah hangatkan botol ni dlm air panas then letak garam sikit. ok la rasanye tapi still erghhhhh....masa adik aku sakit ari tu ada gak aku belikan tuk die jenama lain la tapi haram x minum. mybe sbb jenama lain rasa lain or sbb aku xtau tips nak sedap kan tu. masa aku minum pun mak baru bagitau ada tips bagi rasanye kurang hanyir. tu pun kawan die yg bagitau.



owh aku nak ucapkan selamat pengantin baru buat kawan skola aku Aziemah dan pasangan nye. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. nape gambar camni? ni mak aku yg amik la. aku? tgh duduk kat kerusi. heheehe....penat la nak bangun n amik gambar. oh ni upacara menabur gula2. kenduri belah pompuan ari ahad lepas. disebabkan suami die org filipina tu yg diorg buat macam2 acara. ada silat la, tarian dan apa2 lagi la. aku terpaksa ajak mak balik coz x tahan sakit. petang tu gak aku gi klinik amik mc lagi tau. pasal sakit tu aku tulis entry lain kali k. ni pun ingatkan aku nak tulis pendek je tetiba dah jadi panjang lak. hahahaha apa2 la yek.